KENDERAAN elektrik (EV) masih kurang popular di Malaysia dan Indonesia tetapi lain pula ceritanya di Norway. Jumlah EV di negara itu cukup banyak, mungkin seperti Perodua Myvi di jalan raya Malaysia atau Toyota Innova di negara jiran.
Malah jualan bulan Januari lalu menunjukkan 9 daripada 10 kenderaan baharu yang didaftarkan di Norway ialah EV. Timbul persoalan, mengapa rakyat Norway cukup minat dengan EV dan bukannya enjin diesel atau petrol.
BACA >>> Hatchback EV, Nissan Leaf Jadi Kereta Paling Laris di Norway
Data yang dikongsi Persekutuan Jalan Raya Norway mendedahkan sebanyak 7,959 unit kenderaan baharu dijual di Norway sepanjang bulan lalu. Jumlah itu termasuk 6,659 unit EV.
Maknanya, EV merekodkan penguasaan 83.7 peratus jumlah kenderaan didaftarkan Januari lalu dan merupakan peningkatan 30.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Bagaimanapun, bukan semua unit EV dijual itu adalah model elektrik penuh (BEV) kerana ada 6.8 peratus membabitkan kenderaan plug-in hybrid (PHEV).
BACA >>> Harga Kereta Elektrik Turun Hampir 50 Peratus di China, Dapat Beli Semurah RM8.3k
Di Norway, ada pelbagai pengeluar menawarkan model EV khususnya Audi dengan Q4 E-Tron yang mencatat jualan lebih 600 unit untuk bergelar model EV paling laris.
Ini senarai jualan model EV di Norway:
- Hyundai Ioniq 5: 477 unit
- BMW iX: lebih 400 unit
- Ford Mustang Mach-E: 356 unit
- Skoda Enyaq: 389 unit
Pengeluar Jepun, Toyota yang tidak mempunyai ramai peminat di Norway kerana tidak menawarkan model EV penuh tetapi masih menjual RAV4 PHEV.
Norway dilaporkan akan mengharamkan jualan kereta berasaskan trenkuasa petrol dan diesel menjelang 2025 dan itu pendorong peningkatan jualan di negara itu, selain cuba mengurangkan pencemaran udara.
Pengguna di Malaysia dan Indonesia masih kurang berminat untuk beralih disebabkan beberapa sebab termasuk harga EV terlalu mahal, kos pengecasan lebih membebankan selain kekurangan fasiliti pengecasan. EV lebih dilihat sebagai kenderaan mainan orang-orang kaya.
BACA >>> Rumah Tiada Elektrik? Ford F-150 Lightning (2022) Boleh Bantu Cas Sampai 3 Hari!
BACA >>> Proton Bakal Jual Kenderaan EV jenama smart di Malaysia, Thailand
BACA >>> TNB Buka Stesen Cas EV Tahun Depan?
BACA >>> Selepas Saga EV, Muncul Pula Supersaga Versi Prestasi 0-100kmj Sepantas 4.6 Saat
BACA >>> Terminal Pengecas Berprestasi Tinggi EV Ada Di Stesen Shell Tangkak
SUMBER: Autonetmagz
Leave a Reply