BUKAN lagi janji, tetapi pasti. Ya, model crossover 7-tempat duduk paling dinanti-nanti peminat automotif tempatan, Honda BR-V kini dibuka untuk tempahan di semua 88 pengedar sah Honda seluruh negara. BR-V, diambil daripada singkatan Bold Runabout Vehicles ialah model yang dibangunkan khas untuk pasaran Asean dan pertama kali dilancarkan di Indonesia, disusuli Thailand, India dan Filipina.
Menawarkan ruang seperti kenderaan pelbagai guna (MPV) dan gaya seperti kenderaan utiliti sukan (SUV), BR-V dijangka mampu memenuhi pasaran Malaysia dalam segmen kenderaan 7-tempat duduk berasaskan nilai hebat, gaya, ruang dan praktikaliti.
Semestinya BR-V menjadi pilihan terbaik buat famili yang mementingkan gaya dan fungsi seperti sebuah SUV dan pada masa sama masih menginginkan ruang untuk ahli keluarga mereka yang sedang membesar.
GAYA SUV, FUNGSI MPV
Enjin Honda 1.5L i-VTEC dengan kuasa 118hp meletakkan BR-V mengungguli pesaing lain dari segi prestasi, manakala desain Solid Wing Face sebagai signatur Honda dan rel bumbung nyata menyerlahkan penampilan BR-V yang penuh gaya dan berani.
Pemandu dapat menikmati posisi pemanduan tinggi, termasuk jarak dasar kereta 210mm, tertinggi dalam segmennya. Rekaan eksterior menampilkan rupa trendy seperti lampu siang (DRL) dan rim aloi dua tona 16-inci serta dilengkapi ciri praktikal seperti kamera undur dan sensor.
Ruang but standard berkeluasan 223 liter dan meningkat kepada 539 liter apabila tempat duduk baris ketiga dilipat. Menariknya, kerusi BR-V memang direka khas untuk pelbagai konfigurasi yang dapat diatur mengikut kesesuaian pengguna.
PRAKTIKALITI BUAT FAMILI
Kerusi baris kedua dapat dilipat semudah menggunakan satu sentuhan butang, One Touch Tit & Tumble dalam konfigurasi 60:40, manakala baris ketiga 50:50 dan dapat dilipat habis. Keselesaan pengguna pula dipertingkat menerusi kemasan material kulit pada tempat duduk dan penyaman udara belakang. Bukankah itu yang dimahukan seisi keluarga anda?
Dijangka dilancarkan pada suku tahun pertama 2017. Sebarang maklumat lanjut boleh kunjungi 88 pengedar sah Honda seluruh negara, atau hubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020, atau lawati acara-acara siri jelajah Honda.
Leave a Reply