• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Wira Terbabas Sebelum Diseret Lori, Pemandu Maut, Dua Cedera

Wira Terbabas Sebelum Diseret Lori, Pemandu Maut, Dua Cedera

February 9, 2022 By Farah Leave a Comment

185
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG lelaki maut, manakala isteri dan abangnya cedera selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka terlibat kemalangan di KM215.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, semalam.

Dalam insiden jam 5.30 pagi itu, Wira dipandu mangsa, Nor Azli Abdul Fattah, 25, yang dinaiki bersama isteri, Isma Zaria Alhamlima, 25, abangnya, Mohammad Fouzi Abd Fattah, 33, dan anak, Muhammad Adwa Iman, 2, terbabas sebelum dirempuh sebuah lori.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, dan abangnya berada di zon merah, manakala isteri mangsa cedera di bahu serta anak tidak mengalami kecederaan, termasuk pemandu dan kelindan lori.

Menurut polis, Wira itu dilaporkan hilang kawalan dan merempuh besi pengadang jalan di sebelah kiri lebuh raya itu sebelum berpusing. Kebetulan lori dipandu lelaki berusia 54 tahun berada di laluan sama tidak sempat mengelak dan merempuh lalu menyeret kereta mangsa ke lorong kanan.

Kenderaan itu dilaporkan dalam perjalanan pulang dari Bandar Sunway, Selangor ke kampung isterinya di Batu Pahat, Johor.

BACA>>> Lampu HID Terlalu Terang Punca Kemalangan? Wajarkah Diharamkan?
BACA>>> #Tular: Polis Melaka Nafi, Iring VIP Bukan Punca Kemalangan

SUMBER: Kosmo

Related

185
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan, kemalangan maut, Lebuhraya Utara-Selatan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my