SERAMAI 17 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berdepan detik cemas apabila bas dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebatang pokok serta terbalik berdekatan sebuah restoran makanan segera di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, pagi tadi.
Insiden kira-kira jam 7.41 pagi itu menyebabkan empat pelajar cedera tangan, pergelangan tangan dan tulang belakang. Semua mangsa cedera dikejarkan ke hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk mendapatkan rawatan.
Difahamkan, bas tersebut dalam perjalanan mengambil pelajar dari Kolej Kediaman USIM ke kampus untuk mengikuti sesi kuliah. Beberapa foto menunjukkan sekumpulan pelajar duduk di bahu jalan selepas kemalangan tersebut turut tular di media sosial.
Mufti Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut turun ke lokasi kemalangan untuk melawat pelajar terlibat.
Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Pegawai Bomba Kanan II, Raihan Che Mat berkata, bas berkenaan dipercayai terbabas dan terlanggar sebatang pokok mungkin disebabkan tumpahan minyak atas jalan di depan restoran McDonald's di Bandar Baru Nilai.
Terdapat empat pelajar cedera di tangan, pergelangan tangan dan ada cedera di bahagian tulang belakang. Semua pelajar terbabit dihantar menggunakan ambulans unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) dan ambulans Kementerian Kesihatan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ)."
BACA>>> Bas Tanpa Pemandu Langgar Pokok Hingga Tumbang, 4 Kereta Rosak
BACA>>> Video Penumpang Bas Menari Ulek Mayang, Dipercayai Dirasuk
SUMBER: Utusan | FB Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Leave a Reply