• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MBPP Minta Bantuan Pakar Siasat Punca Air Bertakung di Lebuh Raya Berkembar Bukit Kukus

MBPP Minta Bantuan Pakar Siasat Punca Air Bertakung di Lebuh Raya Berkembar Bukit Kukus

February 8, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAJLIS Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyatakan rasa kesal berhubung kejadian air bertakung di projek Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) berikutan hujan lebat pada 5 Februari lalu.

Malah, jurutera perunding projek MBPP dan kontraktor sudah diarahkan turun padang untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Selain itu, MBPP juga meminta penjelasan terperinci mengenai punca air boleh bertakung di lebuh raya tertinggi di Malaysia itu.

BACA >>> Tewaskan Pintasan Rawang, Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus Kini Tertinggi Malaysia!

MBPP dalam kenyataan berkata:

Siasatan awal menunjukkan takungan air tersebut berlaku disebabkan sampah sarap yang banyak dan daun-daun kering yang menghalang laluan air mengalir ke sistem perparitan sedia ada.”

Pada masa sama, MBPP mempelawa pasukan pakar daripada Institut Jurutera Malaysia (IEM) cawangan Pulau Pinang untuk bekerjasama dengan MBPP, termasuk jurutera MBPP untuk mengenal pasti punca utama kejadian, termasuk meminta nasihat terutama dalam aspek teknikal.

Langkah itu bertujuan mencegah insiden sama berulang.

BACA >>> Sampah Punca Air Bertakung di Lebuh Raya Berkembar Tertinggi Malaysia

Bukit Kukus - 1
Bukit Kukus - 0

MBPP juga mengesahkan pihaknya akan membuat rondaan berkala dan pemantauan menerusi kamera litar tertutup (CCTV), dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menghentikan kenderaan di bahu jalan dan membuang sampah merata-rata sepanjang lebuh raya berkembar Bukit Kukus.

Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) tular di media sosial selepas insiden air bertakung selepas hujan lebat. Kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu mengundang kemarahan dan kekecewaan ramai netizen. MBPP sebelum itu mendakwa punca kejadian adalah disebabkan sampah sarap yang dibuang pengguna dan daun kering yang menyebabkan saluran air tersumbat.

BACA >>> Fasiliti Kelas Pertama, Mentaliti Dunia Ketiga, Lebuhraya Tertinggi Malaysia Penuh Sampah

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Air Banjir, autoterkini, Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus), Lebuhraya banjir, Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev