YAMAHA memperkenalkan Aerox 155 (2022) versi naik taraf dalam dua varian untuk pasaran Indonesia dengan spesifikasi asal seperti model sedia ada.
Ada enam pilihan warna ditawarkan dengan perincian seperti berikut:
WARNA
- Versi ABS menawarkan dua warna: Matte Black Gold (hitam emas) dan Matte White Gold (putih emas).
- Varian Connected pula hadir bersama warna Matte Black Cyan (hitam), Dark Grey Yellow (kelabu), Black (hitam) dan Red (merah).
HARGA
- Harga varian ABS, Rp29,900,000 (RM8,680), manakala Connected Rp26,400,000 (RM7,670)
BACA >>> Yamaha Cygnus Gryphus World GP 60th Anniversary Edition di Jepun Tahun Depan, RM13k!
SPESIFIKASI
- Trenkuasa Aerox 155 masih 4-lejang silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi injap variabel VVA berkuasa 15.1hp @ 8,000rpm dan tork 13.9Nm @ 6,500rpm, manakala transmisi jenis automati CVT (V-belt).
- Dimensi panjang 1,980mm, lebar 700mm, dan tinggi 1,150mm, manakala jarak roda 1,350mm.
- Berat skuter 125kg untuk ABS, dan 122kg untuk Connected. Kedua-dua varian memiliki kapasiti tangki minyak 5.5 liter.
- Tinggi pelana 790mm dan jarak lega bumi 143mm.
- Rim 14 inci dibalut tayar 110/80 (depan), 140/70 (belakang).
BACA >>> #ApaNakBuat: Kena Langgar Belakang di Lorong Kecemasan, Adakah Boleh Tuntut Ganti Rugi, Saman?
- Ada lampu kecemasan untuk kedua-dua varian.
- Lampu depan dan belakang jenis LED. Ada lampu siang (DRL)
BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Patut Nyalakan Lampu Signal Belok di Bulatan?
- Sistem brek menggunakan brek cakera (depan), dan dram (belakang). Varian ABS dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
- Hanya versi ABS dilengkapi ciri kunci pintar (keyless). Bagaimanapun, kedua-dua varian diberikan konektiviti Yamaha Connect.
BACA >>> #Perbandingan: Yamaha YZF-R15 Connected vs R15M (2022) Indonesia, Apa yang Berbeza?
BACA >>> Kedai Motor Indonesia Tawar Pakej Kit Badan Yamaha NMAX 155 Predator
BACA >>> Kajian: 7 Sebab Kenapa Pasangan, Keluarga Kerap Bertengkar dalam Kereta
SUMBER: Yamaha Indonesia
Leave a Reply