• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suami Dua Hari Maut Dilanggar Lori, Isteri Masih Menunggu Pulang

Suami Dua Hari Maut Dilanggar Lori, Isteri Masih Menunggu Pulang

February 7, 2022 By Farah Leave a Comment

756
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BARU dua hari melangsungkan pernikahan, seorang suami maut apabila motosikal dilanggar sebuah lori di jalan raya Kampung Surau Panjang, Kuala Terengganu, Terengganu, pada Sabtu lalu.

Insiden jam 1.10 petang itu dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) sebuah premis berdekatan tempat kemalangan tersebut yang tular di media sosial.

Mangsa, Muhammad Mustaqim Mustafa, 25, keluar menghantar ikan air tawar diusahakan ayahnya, Mustafa Ahmad, 50, di sebuah restoran di Kampung Surau Panjang.

Sementara itu, isteri mangsa, Sharifah Erin Nurshafieka Saiyed Azman, 20, dilaporkan masih menunggu kepulangan suaminya membawa pulang teh ais dan apam balik dipesannya.

Menurut ibu arwah, Zaiton Yusof, menantunya masih belum menerima hakikat kehilangan insan dicintainya itu walaupun sudah mengetahui pemergian suaminya. Malah isteri arwah juga sempat menatap wajah arwah sebelum dikebumikan.

Dia bersama kami dan adik beradik arwah menyiapkan juadah untuk majlis tahlil yang diadakan di masjid malam tadi.

"Selepas selesai majlis tahlil, saya lihat Erin berada dalam keadaan gelisah dan masih setia menunggu suami yang baru dinikahinya pulang membawa minuman teh ais dan apam balik hingga lewat malam.

"Sebelum pulang ke rumah keluarganya pagi ini, Erin beberapa kali berpesan supaya meminta Muhammad Mustaqim mengambilnya," katanya.

Pasangan tersebut sepatutnya merancang mengadakan majlis menyambut menantu bulan depan. Arwah juga dilaporkan sudah membeli barangan untuk membina rumah sendiri, tetapi tidak sempat menyiapkannya.

BACA>>> Mat Motor Jatuh Kena Timpa Kain Kanvas Terbang, Pemandu Lori Kini Diburu
BACA>>> Permit Sekolah Memandu Boleh Batal, Gantung Jika Ramai Terbabit Kemalangan, Buat Salah

SUMBER: HarianMetro

Related

756
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: kemalangan maut, kemalangan motosikal, motosikal, suami kemalangan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my