• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Quartararo Dapat Yamaha M1 Spec Baharu MotoGP 2022, Sedia Cabar Ducati?

Quartararo Dapat Yamaha M1 Spec Baharu MotoGP 2022, Sedia Cabar Ducati?

February 4, 2022 By Shawkath Leave a Comment

226
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

FABIO Quartararo sudah bersedia mempertahankan gelarannya untuk musim Kejuaraan Dunia MotoGP 2022. Pelumba warga Perancis itu akan menguji jentera Yamaha M1 dengan spesifikasi baharu di Litar Sepang minggu ini.

Quartararo merangkul gelaran juara musim lalu dengan lima kemenangan dan 10 podium. Kali terakhir pasukan Yamaha mengapai kemenangan itu ialah pada 2012 menerusi Jorge Lorenzo.

BACA >>> Fabio Quartararo Sah Juara Dunia MotoGP 2021!

Sebelum terlupa, Yamaha turut memperkenalkan seragam terbaharu M1 yang bakal ditunggang Quartararo dengan rakan sepasukan Franco Morbidelli.

Quartararo menyertai kem factory selepas dua tahun bersama pasukan Petronas SRT. Sepanjang musim, dia meneruskan momentum terbaik dengan prestasi kelayakan terbaik dengan hanya sekali gagal menamatkan perlumbaan.

Bagaimanapun, Quartararo mula mengalami penurunan prestasi selepas kemenangan di Misano dan sukar menandingi jentera pasukan Ducati, khususnya pelumba Pecco Bagnaia yang memenangi empat daripada enam perlumbaan terahir tahun lalu.

BACA >>> Bagnaia: Perlumbaan Tak Patut Diteruskan
BACA >>> Quartararo dan Vinales: Ini Masalah Sebenar Yamaha YZR-M1

Quartararo mula tidak berpuas hati dan menggesa Yamaha mengubah pendirian dengan memberi penekanan pada aspek kuasa top-end M1 supaya dia mampu menyaingi Ducati.

Permintaan Quartararo memang berasas sebab pencabarnya sudah membuktikan kejayaan 1-2-3 pada musim akhir di Valencia MotoGP. Sebelum ini, Ducati berdepan kesukaran di litar sama dan perubahan itu menandakan mereka sudah ada solusi yang lebih baik.

Quartararo berkata:

“Cuti musim sejuk agak lama tapi aku cakap jujur la, aku rasa macam aku  agak sibuk sepanjang masa. Ada banyak majlis serta acara kena hadir, dan latihan tetap jalan seperti biasa.

“Aku tak sama nak mula musim baru dan ride balik, kasi improve. Kami dah pegang title tahun lepas dan memang syok. Takda sape-sape leh ambil tu dari aku. Tapi hari mula lumba nanti (musim 2022), semua benda tu dah tak penting.

“Kemenangan tahun lepas tu kami dah lupakan, kena fokus untuk kejuaraan tahun ni. Tahun lepas, kami jarang buat training pra-musim sebab pandemik.

“Tahun ni, aku dah ada setahun pengalaman ngan team Factory, kira kami ni tau lah cara nak kerjasama baik.

“Kami tau mana kekuatan kami, tang mana nak tambah baik. Itu akan bantu masa ujian kat Sepang dan Mandalika."

SUMBER: VisorDown

Related

226
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Fabio Quartararo, franco morbidelli, MotoGP 2022, Pecco Bagnaia, Petronas SRT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my