HYUNDAI-Sime Darby Motors (HSDM) sebelum ini mengumumkan tempahan Hyundai Ioniq dibuka dengan anggaran harga jualan bermula RM130,000.
Apa yang mengejutkan kami, harga Hyundai Ioniq jauh lebih murah daripada dianggarkan dan perkara ini pasti menggembirakan mereka yang sedang merancang membeli kenderaan mesra alam. Kini, anda boleh dapatkan Hyundai Ioniq pada harga mampu milik dan ketahui tujuh perkara yang perlu tahu mengenai model hibrid ini.
1. HARGA (Tidak termasuk insurans)
- Hyundai Ioniq HEV - RM99,888
- Hyundai Ioniq HEV PLUS - RM110,388
2. 7 PILIHAN WARNA
- Phantom Black
- Aurora Silver
- Polar White
- Marina Blue
- Platinum Silver
- Phoenix Orange (Hanya HEV PLUS)
- Iron Grey
3. DUA VARIAN
Bagi pasaran Malaysia, Hyundai Ioniq ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu HEV dan HEV PLUS.
Dari segi paras rupa, kedua-dua tampak hampir sama. Apa yang membezakan antara kedua-dua varian ini adalah dari segi kosmetik dan ciri ditawarkan.
Bagi varian tertinggi iaitu Hyundai Ioniq HEV PLUS, ia dipadanklan dengan lampu Bi-Xenon bersama lampui LED berbentuk C.
Manakala ruangan dalaman pula menampilkan kerusi yang dibaluti kulit, skrin TFT bersaiz 7-inci dan banyak lagi.
BACA >>> Tempahan Hyundai Ioniq Hybrid Dibuka – Harga Bermula RM130,000
4. ENJIN KAPPA 1.6L GDI
Model pemasangan tempatan (CKD) daripada kilang Inokom di Kulim, Kedah itu dipadankan enjin Kappa 1.6L Atkinson GDI 4-silinder.
Hasil gabungan kuasa motor elektrik, Hyundai Ioniq mampu menghamburkan kuasa sebanyak 139hp dan tork puncak 265Nm.
Lebih menarik, Hyundai Ioniq memilih pasangan kotak gear DCT 6-kelajuan berbanding pesaingnya yang lebih menggemarkan penggunaan transmisi CVT.
5. CIRI KESELAMATAN
Dari aspek keselamatan, Hyundai Ioniq hadir dengan ciri standard seperti tujuh beg udara, Pengurusan Stabiliti Kenderaan (VSM), kamera undur, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Bantuan Daki-Mula (HAC) dan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC).
Manakala varian HEV PLUS pula menerima beberapa lagi penambahan keselamatan seperti;
- Blind Spot Detection (BSD)
- Lane Keeping Assist System (LKAS)
- Automatic Emergency Braking System (AEB)
- Smart Cruise Control (SCC)
- Sensor hujan
6. PROGRAM CARE PLUS
Lebih menarik, HSDM turut menawarkan Program Care Plus kepada semua pembeli Hyundai Ioniq. Antara faedah diterima ialah;
- 5 tahun jaminan atau 300,000km (mana tiba dahulu)
- 8 tahun jaminan tanpa had perbatuan bagi bateri
- Harga bateri dibawah RM10,000 sekiranya perlu ditukar
- Servis percuma selama tiga tahun atau 60,000km
- 3 tahun perlindungan daripada Insurans Jaminan Auto (GAP) - Pemilik Ioniq akan dibayar 100 peratus nilai kereta sekiranya berlaku kemalangan total loss dan tempoh tiga tahun pemilikan
- Kadar faedah serendah 2.28 peratus
7. BERBALOI?
Yang pasti, pesaing terdekat Hyundai Ioniq adalah Toyota Prius Hybrid. Persoalannya, mampukah Hyundai Ioniq menawan hati anda? Melihat daripada harga dan desain, sudah pasti ia memberi kelebihan pada Hyundai Ioniq.
Leave a Reply