• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mangsa Maut Nahas HR-V Terbakar Disyaki Suspek Perompak

Mangsa Maut Nahas HR-V Terbakar Disyaki Suspek Perompak

February 3, 2022 By Farah Leave a Comment

976
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEMALANGAN kenderaan utiliti sukan (SUV), Honda HR-V yang terbabas dan terbakar hingga mengorbankan tiga nyawa di Jalan Wakaf Bharu-Palekbang, Tumpat, Kelantan awal pagi tadi dipercayai ada kaitan dengan kes samun.

SUV dinaiki tiga mangsa dilaporkan terbabas dalam insiden kejar-mengejar dengan sebuah BMW kira-kira jam 2 pagi.

Menurut polis, sebelum kemalangan, tiga mangsa yang maut, termasuk seorang lagi individu, datang menaiki HR-V ke sebuah rumah di Kampung Sungai Pinang dekat Wakaf Bharu.

Salah seorang mereka dilaporkan menghidupkan enjin Ford Ranger milik tuan rumah, sebelum disedari pemiliknya yang keluar membuka pintu. Pada masa sama, seorang lagi penumpang HR-V keluar dan melibaskan senjata tajam ke arah pemilik trak pikap tersebut.

Mereka kemudian membawa lari kenderaan pacuan empat roda (4x4) tersebut yang menyebabkan pemiliknya mengejar empat suspek lelaki itu yang menaiki HR-V dan Ranger. Ketika itu pemilik memandu BMW.

SUSPEK TERBABAS

Ketika melalui Kampung Morak, HR-V dinaiki tiga suspek terbabas hingga menyebabkan salah seorang tercampak dan maut, manakala dua lagi meninggal dunia akibat terbakar selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas.

Bagaimanapun, pemilik Ranger terus mengejar trak pikapnya yang dipandu seorang lagi suspek, sebelum kenderaan itu juga terbabas di Kubang Kerian, Kota Bahru. Suspek itu dilaporkan melarikan diri dan polis masih sedang berusaha mengesannya.

Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai insiden berkenaan dan cuba mengenal pasti identiti dua mangsa rentung.

Nahas tragis ini tular di media sosial berikutan video secara langsung yang dimuat naik netizen. Dalam video tersebut turut kedengaran dentuman kuat beberapa kali akibat api marak.

BACA>>> Tiga Maut, Termasuk Dua Rentung dalam Nahas HR-V Terbakar
BACA>>>Video Aksi Penunggang Lari SJR, Nak Tumpang Myvi, Rupanya Polis

SUMBER: HarianMetro

Related

976
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ford Ranger, hrv, hrv samun ford ranger, kemalangan di tumpat, kemalangan hrv terbakar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev