• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Aksi Penunggang Lari SJR, Nak Tumpang Myvi, Rupanya Polis

Video Aksi Penunggang Lari SJR, Nak Tumpang Myvi, Rupanya Polis

February 3, 2022 By Farah Leave a Comment

451
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SATU klip video lucu tular di media sosial yang merakamkan aksi seorang penunggang motosikal berhelmet tersalah tumpang kereta Perodua Myvi dipandu polis.

Penunggang motosikal tersebut dipercayai cuba mengelak sekatan jalan raya (SJR) dengan berjalan kaki. Bagaimanapun, tidak lama kemudian muncul sebuah Myvi merah jambu memberikan signal belok dan berhenti di tepi jalan di depan penunggang tersebut.

@sarawakeditionAksi seorang pegawai polis trafik mengejar seorang lelaki yang lari dari sekatan jalan raya di Jalan Kuching Samarahan Expressway ptg tadi.♬ Oh No - Kreepa

Apa yang melucukan, lelaki berkenaan dilihat berlari laju mendekati Myvi itu, mungkin beranggapan pemandu itu mahu membantunya. Namun, beberapa saat selepas masuk ke dalam kereta, penunggang tersebut dilihat meluru keluar sebelum dikejar seorang anggota polis trafik.

Rupanya, Myvi yang mahu ditumpang penunggang tersebut dipandu anggota polis trafik. 😆

Sementara itu, Polis Sarawak dalam kenyataan media memaklumkan sedang giat memburu lelaki dalam klip video berkenaan yang dilaporkan melarikan diri dalam SJR Ops Selamat 17 yang dilakukan di Jalan Kuching-Samarahan Ekspress Way menghala Kuching, Selasa lalu.

Menurut polis, penunggang motosikal berkenaan dilihat menunggang dalam keadaan mencurigakan ketika SJR dijalankan. Apabila cuba dihampiri, penunggang tersebut melarikan diri dengan meninggalkan motosikal Yamaha Y110 dengan nombor pendaftaran QKB 1244.

Polis cuba mengejar hingga menghampiri Jambatan Kuap menghala ke Kota Samarahan, tetapi suspek, dipercayai warga Indonesia dan tiada lesen berjaya meloloskan diri masuk ke dalam hutan apabila dikejar. Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu melaporkan kepada balai berdekatan.

BACA>>> Aksi Dramatik Polis Paut Atas Bonet, Alza Couple Lari Elak Kena Cekup
BACA>>> Video Banduan Lari Ketika Beratur Naik Trak Polis

SUMBER: Polis Sarawak

Related

451
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Op Selamat 17, polis kejar penunggang motosikal, Polis Trafik, Sekatan Jalan Raya (SJR), Video Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my