• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #Videotomotif: 'Bau Kedai' Belum Hilang, Lelaki Ini Sudah Kemalangan Ferrari AS$1.8 Juta

#Videotomotif: 'Bau Kedai' Belum Hilang, Lelaki Ini Sudah Kemalangan Ferrari AS$1.8 Juta

November 29, 2016 By Azhan O Leave a Comment

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

teruja-melampau-ferrari-laferrari
BAYANGKAN anda baru mengambil kunci selepas selesai menandatangani dokumen pembelian kereta baharu. Kemudian, terus menghidupkan kereta dengan hati gembira tidak terkata. Malangnya, sebaik saja meninggalkan bilik pameran, kereta anda boleh pula terbabit kemalangan. Memang sedih tidak terkata seperti bak kata orang, bau kedai masih belum hilang, kereta sudah kena bermalam di bengkel pula.

Inilah yang menimpa seorang lelaki di Budapest, Hungary apabila dia mengalami kemalangan hanya beberapa minit selepas meninggalkan bilik pameran kereta. Bukan sembarangan kereta yang dibeli, dia sebenarnya baru saja membeli model Ferrari LaFerrari bernilai AS$1.9 juta (RM8.5 juta) berkuasa 950hp!

Beberapa saksi mendakwa si pemandu mungkin terlalu teruja dengan pecutan buas kereta baharu itu yang mampu memecut 100kmj di bawah tiga saat. Berdasarkan rakaman video, kereta mangsa didapati hilang kawalan secara tiba-tiba. Dia kelihatan terhuyung-hayang selepas memotong sebuah kenderaan di hadapan sebelum terbabas ke kiri jalan dan merempuh tiga kereta yang diparkir di situ.

Apakah dia cuba memandu sambil melepaskan tangan? Ataupun ada lipas terbang tiba-tiba muncul bersiar-siar di dalam kabin? Ataupun dia mahu cuba fungsi beg udara atau kekuatan casis Ferrari? Entahlah. Tetapi, mujur tiada mangsa cedera kecuali poket lelaki tersebut. :'(

LaFerrari adalah antara model Ferrari paling eksklusif dan hanya 499 unit dikeluarkan.

SUMBER: FoxNews.com

Related

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Ferrari, Ferrari LaFerrari, kemalangan Ferrari, Kereta Sport, Roda4, Supercar, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev