• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SUV Langgar Lari, Motor Terseret Keluar Api, Penunggang Jatuh Terguling

SUV Langgar Lari, Motor Terseret Keluar Api, Penunggang Jatuh Terguling

January 28, 2022 By Farah Leave a Comment

265
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SATU kamera pemuka (dashcam) sebuah kenderaan sempat merakamkan insiden langgar lari melibatkan sebuah motosikal dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Harrier di Puchong, Selangor, malam semalam.

Dalam insiden jam 12.15 pagi itu, pemandu SUV hitam itu memandu melulu dan laju sebelum merempuh penunggang motosikal di depannya.

Impak rempuhan itu menyebabkan penunggang tersebut jatuh berguling beberapa kali atas jalan, manakala motosikal terseret beberapa meter hingga memercikkan api. Harrier itu pula langsung tidak berhenti, sebaliknya memecut laju melarikan diri.

Menurut maklumat dikongsikan netizen, nasib penunggang motosikal masih tidak diketahui.

Disebabkan kualiti video dashcam tidak begitu baik, ada berpendapat kereta tersebut bukan Harrier, tetapi Hyundai Santa Fe. Malah, nombor pendaftaran SUV hitam itu juga tidak dapat dilihat jelas. Diharapkan pemilik dashcam dan sesiapa saja yang menyaksikan insiden berkenaan dapat membantu siasatan pihak polis.

BACA>>> Suami 18 Hari Maut Langgar Lari
BACA>>> Mangsa Langgar Lari Ketika Isi Minyak Rupanya Dua Beradik Berbeza Agama

SUMBER: Dashcam Owner Malaysia

 

 

 

 

 

Related

265
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Dashcam, Dashcam Owner Malaysia, Langgar Lari, penunggang motosikal langgar lari

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev