• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Unica - Program Kustom Khas untuk Pemilik Ducati Bikin Motor Ikut Gaya Sendiri

Ducati Unica - Program Kustom Khas untuk Pemilik Ducati Bikin Motor Ikut Gaya Sendiri

January 31, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

228
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PENGELUAR motosikal dari Itali, Ducati menubuhkan Ducati Unica, iaitu program penyesuaian (customization) khas buat pelanggan jenama itu yang mahu merekabentuk dan membina motosikal mengikut cita rasa peribadi.

Program penyesuaian adalah perkara biasa dilakukan jenama premium subsidiari di bawah Volkswagen Group seperti Lamborghini dan Bugatti. Strategi baharu itu dijangka mampu melonjakkan Ducati pada aras lebih tinggi dalam kalangan pengeluar motosikal massa.

Melalui Ducati Unica, pusat gaya Ducati, Centro Stile Ducati mengalu-alukan pelanggannya datang untuk menghasilkan motosikal idaman dan unik. Ini peluang yang jarang dilakukan sesebuah pengeluar kerana pelanggan boleh berkongsikan rekabentuk dan gaya dihajati dengan pasukan pereka dan teknikal dalam menghasilkan motosikal idaman mereka.

Skop penyesuaian yang ditawarkan adalah membabitkan aspek bahan, kemasan, warna khas dan aksesori Ducati Performance. Malah, setiap peringkat akan didokumentasi, melibatkan lakaran awal hingga majlis penyerahan.

Lebih istimewa, setiap unit motosikal didatangkan dengan sijil khas bagi memastikan ketulenan produk yang tidak boleh ditiru. Apa perlu diketahui, disebabkan ciri unik dan perincian ditawarkan, Ducati hanya boleh menerima tempahan dalam jumlah terhad setiap tahun.

Ducati juga hanya menerima permintaan yang seiring nilai jenama itu.

Bagi menyertai program Ducati Unica, pelanggan perlu menghubungi pengedar sah dan ia ditawarkan seluruh dunia termasuk siri Scrambler.

Program berkenaan dijangka mendapat sambutan hangat dan inilah masa memadankan Panigale ditempah supaya seragam dengan Lamborghini, bot persiaran atau apa saja yang anda miliki!

BACA >>> Ducati Desert-X (2022) Ilham Model Rali Paris-Dakar Lancar, Harga RM70k
BACA >>> Kenapa Perlu Panigale Kalau Cuma Nak ke Kedai Depan Rumah? Naik Saja Ducati PRO-III

Ducati Unica.01
Ducati Unica.02
Ducati Unica.03
Ducati Unica.04
Ducati Unica.05
Ducati Unica.08
Ducati Unica.06
Ducati Unica.07
Ducati Unica.09

Related

228
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Centro Stile Ducati, Ducati, Ducati Unica, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev