• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki GSX-S1000 (2022) Kini di Malaysia, Harga RM76k!

Suzuki GSX-S1000 (2022) Kini di Malaysia, Harga RM76k!

January 27, 2022 By Shawkath Leave a Comment

308
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAIN skuter Burgman 400, Suzuki Malaysia turut meluaskan tawaran model naked berkuasa tinggi ke pasaran tempatan dengan memperkenalkan GSX-S1000.

Model naked satu liter itu dijual pada harga tanpa insurans dan caj pendafatran RM76,900 dalam satu warna pilihan sahaja, iaitu Metallic Triton Blue (biru).

Suzuki GSX-S1000 - 2
Suzuki GSX-S1000 - 4

Berikut perincian GSX-S1000 (2022):

  • Mirip superbike GSX-R1000 yang mengetengah falsafah rekabentuk 'The Beauty of Naked Aggression'.
  • Dijana enjin 4-lejang 4-silinder sebaris 999cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 150hp @ 11,000rpm, manakala transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.
  • Rekabentuk lebih agresif dengan rekaan lampu depan heksagon. Model ini menggunakan sistem lampu LED penuh untuk lampu depan, lampu belakang, lampu brek dan lampu signal belok.
Suzuki GSX-S1000 - 3
Suzuki GSX-S1000 - 5
  • Rekabentuk mengambil ilham jet pejuang dengan ciri winglet pada fairing depan.
  • Kapasiti tangki minyak 19 liter.
  • Posisi tunggangan lebih agresif dengan bar hendal lebih lebar dan rapat ke arah penunggang. 
  • Memiliki dimensi panjang 2,115mm, lebar  810mm, dan tinggi 1,080mm, manakala jarak roda 1,460mm.

BACA >>> Suzuki GSX-S1000 (2021) Lancar untuk Pasaran Global, Harga RM62.5k!
BACA >>> Suzuki GSX-S1000 Web Edition (2022) Ini Cuma Ada 5 Unit Seluruh Dunia, Harga RM71k!

  • Tinggi pelana 810mm, jarak lega bumi 140mm dan berat kasar 214kg.
  • Menggunakan fork terbalik (USD) KYB 43mm di depan dan monoshock di belakang yang kedua-dua suspensi memiliki ciri boleh laras.
  • Brek cakera kembar Brembo 310mm di depan dan cakera tunggal (belakang) dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Menggunakan tayar tiubles Dunlop SPORTMAX RoadSport 2 bersaiz 120/70 ZR 17 (depan), dan 190/50 ZR 17 (belakang).

BACA >>> Suzuki Perkenal Dua Versi GSX S-1000 Edisi Khas Tribut Sukan Permotoran
BACA >>> Suzuki UK Tawar GSX-R1000R Phantom Edisi Khas, Harga RM99.5k!
BACA >>> Suzuki Malaysia Lancar Tiga Model 1,000cc, GSX-R1000, GSX-R1000R dan Katana!
BACA >>> Kajian: Lebih 90 Peratus Penunggang Eropah Bantah Hasrat Haramkan Jualan Motosikal Petrol

Suzuki GSX-S1000 - 2
Suzuki GSX-S1000 - 4
Suzuki GSX-S1000 - 3
Suzuki GSX-S1000 - 5
Suzuki GSX-S1000

Related

308
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Dunlop SPORTMAX RoadSport 2, roda2, Suzuki GSX-S1000, Suzuki Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev