• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tak Minat Kuasai Asean, Perodua Mahu Jadi Jaguh Malaysia!

Tak Minat Kuasai Asean, Perodua Mahu Jadi Jaguh Malaysia!

January 31, 2022 By Shawkath Leave a Comment

8.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KALAU Proton kerap menyuarakan impian mahu bergelar pemain serantau suatu masa nanti, lain pula cerita Perodua. Pengeluar nasional itu mahu mendekati pengguna tempatan dan muncul sebagai jaguh Malaysia.

Malah, Perodua sudah mula bergerak ke arah misi itu dengan beberapa rancangan dan program sepanjang tahun ini yang jika berjalan lancar berpeluang mendominasi pasaran domestik. Tahun lalu, Proton menguasai beberapa segmen kenderaan tempatan Malaysia.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata;

Bagi Perodua, tahun ini kami mahu fokus kepada pasaran domestik dan pembangunan produk serta teknologi baharu. Antaranya konektiviti mobiliti. Kami masih mengujinya dan jika sudah siap, kami akan umumkannya.

“Daripada menjadi hab Asean untuk produk, kami lebih berminat memberi fokus kepada pembangunan produk supaya rakyat Malaysia dapat menikmati produk berteknologi lebih baik pada harga mampu milik."

SITUASI EKSPORT PERODUA

Fokus ke pasaran domestik sememangnya langkah tepat kerana Perodua tidak mempunyai pasaran eksport luas. Satu-satunya pasaran baharu ialah Singapura menerusi model eksport, Aruz. Bagaimanapun, pengeluaran masih kecil.

Berkongsi mengenai eksport Perodua, Zainal Abidin berkata;

Kami masih tidak dapat lihat gambaran jelas mengenai aktiviti eksport . Contohnya, Sri Lanka masih ditutup. Tiada pula tempahan diterima dari Kepulauan Mauritus gara-gara industri pelancongan di sana terjejas teruk.

"Eksport tahun ini akan jadi amat minimium, iaitu kurang 2,000 unit ke Singapura, Brunei dan Indonesia."

Zainal Abidin mengesahkan Perodua ada membuat survei di negara lain dan melihat ada potensi, tetapi butiran lanjut mengenainya tidak boleh didedahkan buat masa ini.

PENGELUARAN, PENDAFTARAN KENDERAAN PERODUA

Tahun ini, Perodua berhasrat menghasilkan 247,800 unit kenderaan dengan mencatat jumlah pendaftaran kenderaan lebih 265,000 unit. Jika tercapai matlamat itu, ia boleh dianggap rekod pengeluaran dan pendaftaran baharu buat Perodua. Malah jumlah jualan itu akan memberi pegangan pasaran sebanyak 40.6 peratus.

Perbezaan jumlah antara pengeluaran dan pendaftaran akan menjadi stok kenderaan. Ini mampu mengatasi isu tempoh menunggu lama untuk pelanggan dan pengedar menerima kenderaan.

APA STRATEGI PERODUA?


Perodua kini memiliki dua kilang di Rawang iaitu Perodua Manufacturing Sdn Bhd (PMSB) dan Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd (PGMSB) yang mampu menghasilkan 320,000 unit kenderaan setahun.

Zainal Abidin mengesahkan pihaknya ada membuat dua jenis pelaburan membabitkan kilang dan aspek logistik untuk memastikan output pengeluaran dapat dicapai.

Kita ada buat sedikit pelaburan tetapi bukan major. Kalau dekat kilang baharu PGMSB, pelaburan dari segi tambahan tenaga kerja dan proses untuk penghasilan kenderaan."

Kilang
  • Perodua bercadang mengurangkan purata masa penghasilan sebuah kenderaan (tack time) daripada 1.45 minit kepada 1.35 minit di kilang PGMSB tahun ini. Sebenarnya, kilang PGMSB direka untuk mencapai tack time maksimum 1.0 minit.
  • Kilang lama (PMSB) nampaknya tidak boleh dibuat banyak pelaburan dan tack time ialah 1.8 minit untuk menyiapkan sebuah kenderaan.
  • PMSB menghasilkan Mvyi, Alza dan Aruz. PGMSB pula mengeluarkan segmen-A seperti Axia, Bezza dan Ativa.
  • Kerja lebihan masa (overtime, OT) hingga 3.5 jam sehari dan kerja pada dua hari hujung minggu. Bagaimanapun, misi itu tertakluk ekosistem Perodua khususnya vendor dan bekalan komponen.
Logistik

Pelaburan lebih tinggi kerana Perodua mahu pastikan sistem bekalan komponen mencukupi untuk mencapai sasaran jumlah pengeluaran tahun ini.

Pelaburan juga menumpukan aspek pengedaran dan mahu memastikan kenderaan yang dihasilkan lebih cepat dihantar kepada pengedar.

Perodua tidak mampu menyimpan stok lebih 7,000 unit kenderaan. Konsep kami Just-in-Time. Jika sistem edaran bergerak perlahan dan gagal menghantar kenderaan secepat mungkin ketika pengeluaran tinggi, akan timbul satu lagi masalah iaitu stokyard.

"Kami tak mahu labur untuk stokyard kerana ia pembaziran, tetapi mahu labur pada sistem penghantaran kenderaan. Kita dengan pengedar kena memastikan ada sistem pengambilan dan penghantaran yang lebih efisien."

PENGECUALIAN CUKAI JUALAN


Zainal Abidin berkata, jika Kerajaan boleh melanjutkan insentif pengecualian cukai jualan hingga akhir tahun ini, langkah itu  memberi manfaat kepada pelanggan kerana Perodua memiliki jumlah tempahan tinggi yang belum dipenuhi (sekitar 70,000 unit).

Perodua yakin sasaran jualan dan pendaftarannya mungkin melepasi paras 250,000 unit tahun ini jika insentif itu berakhir pada 31 Disember 2022.

Related

8.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jaguh Malaysia, Perodua, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
    #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
  • Modenas Elit 150S 2025 Lancar Sempena Rai Ulang Tahun ke-30, Harga RM7,877
    Modenas Elit 150S 2025 Lancar Sempena Rai Ulang Tahun ke-30, Harga RM7,877

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev