MUGEN nampaknya sudah menempah slot penyertaan perlumbaan dirt bike elektrik dalam siri kejuaraan baharu FIM E-Xplorer World Cup 2022.
Berlumba bawah nama M-TEC, Mugen mungkin satu-satunya jenama yang hampir tenggelam dalam perlumbaan kenderaan elektrik apabila kelibat superbike elektrik Mugen Shinden Hachi tidak lagi kelihatan di trek sejak 2019.
BACA >>> Honda Shogo, Kereta Elektrik Khas untuk Bantu, Ceriakan Pesakit Kanak-Kanak
Sebenarnya, Mugen pernah mempamerkan jentera lumba motocross elektrik pada 2017, dipanggil Mugen E.Rex yang nampaknya sudah siap untuk beraksi.
Pada 2019, Honda pula membuat debut prototaip dirt bike elektrik, CR Electric, dan ada laporan mendakwa model itu ‘mirip’ Mugen E.Rex.
Nampak gaya, peminat berpeluang menyaksikan kehebatan sebenar Mugen E.Rex dalam siri FIM E-Xplorer World Cup 2022 yang akan bermula sekitar hujung tahun ini. Ini kerana Mugen sudah didaftarkan sebagai pengeluar rasmi dalam siri tersebut.
Buat masa ini, belum ada perincian jadual atau lokasi penganjuran E-Xplorer. Apa diketahui, ada 10 pasukan bakal bertanding yang masing-masing mempertaruhkan dua pelumba.
BACA >>> #ApaNakBuat: Inilah Cara Bersih, Minyakkan Rantai Motosikal yang Betul
BACA >>> Ducati Scrambler 1100 Tuttoterreno - daripada Scrambler Standard kepada Motocross
SUMBER: Asphaltandrubber| FIM
Leave a Reply