• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Berlanggar dengan Kapcai Nak 'U-Turn', Azhan Rani Retak Tulang Belikat, Rusuk

Berlanggar dengan Kapcai Nak 'U-Turn', Azhan Rani Retak Tulang Belikat, Rusuk

January 19, 2022 By Farah Leave a Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AKTOR tempatan, Azhan Rani terlibat kemalangan jalan raya apabila motosikal kuasa tinggi ditunggangnya bertembung dengan sebuah kapcai di Jalan Templer, Rawang, Selangor, tengah hari, Isnin lalu.

Insiden itu dikongsi rakan baik Azhan, Beto Kusyairy yang juga aktor popular menerusi laman Instagramnya.

Azhan kini dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil walaupun mengalami kecederaan agak parah, iaitu pecah tulang belikat kiri, retak tulang bahu dan tiga tulang rusuk, termasuk kecederaan kecil lain. Doktor kini menunggu keputusan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) bagi mengenal pasti jika ada kecederaan dalaman lain.

Sementara itu, dalam status Instagram terbaharu dikongsi Azhan, dia mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantunya dalam nahas berkenaan, termasuk dua lelaki India dalam foto tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Menurut Azhan, dia nyaris dilanggar lori, mujurlah ada dua lelaki tersebut yang pantas bertindak menahan kenderaan berat tersebut. Dia turut mendedahkan punca kemalangan dan tetap bersyukur diberikan peluang hidup.

Tulis Azhan;

Buat 2 orang adik yang naik motor kapcai tengah bersembang tak pandang depan lepas tu tiba-tiba masuk lane saya nak buat u-turn semoga korang tak apa-apa. Maaf abang tinggikan suara kat korang dalam ambulans hari tu.

"Mohon jangan bawa motor macam tu lagi. Kita sama-sama syukur Allah bagi peluang kita hidup. Maaf juga buat motor awak hancur."

Marilah kita sama mendoakan semoga aktor kita sembuh seperti sedia kala.

BACA>>> Sempat Rakam IG Story Sebelum Maut Kemalangan
BACA>>> Dollah Salleh, Isteri Cedera, Vellfire Terbabas Jatuh Gaung

SUMBER: IGAzhanRani | Kosmo

Related

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aktor Azhan Rani, Auto Terkini, azhan rani, azhan rani kemalangan, Beto Kushairy, kemalangan motosikal, motosikal azhan rani

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev