• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dollah Salleh, Isteri Cedera, Vellfire Terbabas Jatuh Gaung

Dollah Salleh, Isteri Cedera, Vellfire Terbabas Jatuh Gaung

January 18, 2022 By Shawkath Leave a Comment

184
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Velfire dinaiki mantan jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh dan tujuh anggota keluarganya dilaporkan terbabas ke dalam gaung di KM8 Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, malam tadi.

Dollah, 59, yang kini pengurus pasukan Sri Pahang FC cedera di belakang leher, manakala isterinya, Roslina Ibrahim, 58, cedera dada. Insiden berlaku kira-kira jam 9 malam.

BACA >>> Siapa Cakap Bazir? Tukar Vellfire Dapat Jimat RM2.80!

Menurut siasatan awal polis insiden berlaku apabila Vellfire dipandu menantunya, Muhammad Shafiq Shukaimi, 34, hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan arah bertentangan sebelum MPV itu terbalik ke dalam gaung.

Lima penumpang lain dalam kenderaan itu tidak mengalami kecederaan, iaitu isteri Muhammad Shafiq, Nurdian Dollah, 34, dan empat anak pasangan itu, Nur Sarah Amanda, 10, Nur Shffiya Ayra, 9, Nursabrina Adeena, 5, dan Muhammad Sulaiman Adeen (9 bulan).

Dollah sekeluarga dilaporkan dalam perjalanan dari Muadzam Shah, Pahang ke Shah Alam, Selangor. Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dan dilaporkan sudah keluar wad, pagi tadi.

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

BACA >>> #ApaNakBuat: Pedal Minyak Tersangkut Ketika Memandu, Tak Boleh Pandu Perlahan
BACA >>> #ApaNakBuat: Tak Puas Hati Jiran Parkir Depan Rumah? Ambil Tindakan Undang-Undang Ini!

SUMBER: Bernama

Related

184
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Dollah Salleh, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59), Sri Pahang FC, Toyota Velfire Kemalangan, Toyota vELLFIRE

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my