• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pejalan Kaki Dilanggar Rider: Sudahlah Sakit, Tak Pasal Kena Saman Pula

Pejalan Kaki Dilanggar Rider: Sudahlah Sakit, Tak Pasal Kena Saman Pula

January 14, 2022 By Farah Leave a Comment

268
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG wanita yang dilanggar penghantar makanan ketika sedang melintas jalan di Jalan Sultan Ismail dekat pusat beli belah Rabu lalu disaman polis kerana tidak menggunakan jejantas disediakan.

Menurut polis, tindakan saman itu dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan Trafik 1959 Kaedah 45 LN166/59, iaitu peraturan terhadap pejalan kaki yang tidak menggunakan jejantas.

Ini kerana jejantas pejalan kaki sudah disediakan kepada orang awam, terletak kira-kira 7 meter dari lokasi kejadian.

Semalam, tular klip video kamera pemuka (dashcam) yang memaparkan seorang wanita dilanggar penunggang hantar makanan ketika sedang melintas. Dalam rakaman itu, wanita tersebut langsung dilihat tidak memandang kiri kanan jalan sebelum melintas.

Insiden itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pergelangan kaki dan dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan, manakala penunggang motosikal tidak mengalami kecederaan.

Polis mengingatkan orang ramai supaya menggunakan kemudahan jejantas disediakan dan jangan mengambil mudah melintas jalan raya sesuka hati.

BACA >>> Video Budak Lari Lintas Jalan Nyaris Dilanggar, Bapa Pula Tak Sedar Apa Berlaku
BACA >>> Tiba-Tiba Meluru Tengah Jalan, Budak 3 Tahun Maut Dirempuh

SUMBER: SukanStarTV, HarianMetro

Related

268
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dashcam, Jejantas, langgar ketika melintas jalan, Pejalan Kaki, Rider, Saman Tak Guna Jejantas, tular

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my