SETELAH agak lama berdiam diri, Modenas kini kembali dengan menampilkan dua model baharu, Modenas Karisma 125 dan Elegan 250.
Sebagai makluman, kedua-dua skuter ini adalah model rebadged daripada KYMCO apabila Modenas diberi hak untuk pengedaran dan penjualan di pasaran Malaysia.
Selain Modenas Karisma 125 dan Elegan 250, Modenas turut memperkenalkan satu lagi skuter baharu, KYMCO Downtown 250i.
Lebih mengejutkan, harga jualan bagi kedua-dua skuter ini jauh lebih murah daripada yang dijangkakan.
HARGA
- Modenas Karisma 125 - RM4,980
- Modenas Elegan 250 - RM12,830
- KYMCO Downtown 250i - RM21,500
Jadi apa beza antara KYMCO Downtown 250i dengan Modenas Elegan 250? Sebenarnya kedua-dua motosikal ini memiliki spesifikasi yang hampir sama memandangkan Modenas Elegan 250 diambil daripada jenama KYMCO. Bezanya paling ketara adalah kosmetik dan ABS.
KYMCO Downtown 250i didatangkan dengan ciri keselamatan ABS. Manakala Modenas Elegan 250 tidak memiliki ABS.
MODENAS KARISMA 125
Mula diperkenalkan pada 2003, Modenas Karisma adalah antara skuter terlaris di mana sebanyak 16,000 unit sudah terjual. Bagi Modenas Karisma 125 generasi baharu ini, ia diambil daripada model KYMCO Ace 9.
Hasil padanan enjin 125cc, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 9.4hp pada 7,500rpmdan tork punck 9Nm (5,000rpm).
Dengan berat badan 113kg, Modenas Karisma 125 menggunakan sistem bahan api karburator dengan bantuan transmisi automatik CVT.
MODENAS ELEGAN 250
Manakala Modenas Elegan 250 pula diasaskan daripada model KYMCO X-Town 250i. Dengan padanan enjin 1-silinder penyejukan cecair SOHC bersesaran 250cc, ia boleh menjana kuasa sebanyak 22.1hp pada 7,000rpm dan tork 22.4Nm (6,500rpm).
Memiliki berat keseluruhan 191kg, ia menggunakan sistem suntikan bahan api bersama transmisi automatik CVT.
Ruangan roda hadapan dipadankan dengan rim 14-inci bersama pasangannya, tayar 120/80. Manakala roda belakang pula menggunakan rim 13-inci dengan tayar 150/70.
KYMCO DOWNTOWN 250i
Didatangkan dengan enjin 250cc silinder tunggal penyejukan enjin, skuter baharu ini menampilkan kuasa sehingga 23hp pada 7,500rpm dan tork 23.1Nm (6,000rpm).
CKD GURUN
Bagi pasaran Malaysia, ketiga-tiga skuter ini adalah model pemasangan tempatan (CKD) di Gurun, Kedah.
PESAING
Paling penting, kami yakin kehadiran ketiga-tiga model ini akan membuatkan pesaingnya bakal tidur tak lena. Bayangkan dengan harga sekitar RM5,000, anda sudah boleh memiliki skuter yang menarik dan awesome.
Ya la, siapa tak kenal jenama KYMCO. Sedia maklum, KYMCO adalah pengeluar motosikal, skuter dan kenderaan sebaguna (ATV) nombor satu di Taiwan selain mempunyai kedudukan kukuh di Eropah, Amerika Utara dan Australia.
Sepanjang lima dekad, KYMCO sudah memasarkan lebih daripada 10 juta skuter, motosikal dan ATV di lebih 100 negara dengan perolehan tahunan melebihi USD 1 bilion.
Buat Modenas, selamat maju jaya dan pastikan anda akan terus mengganas. Jangan pula terus mendiam lepas ni 🙂
Ropi Tobari says
Mmg minat elegant modena 250 ni..tadi pergi kedai motor. Sekali tanya harga cash rm17000++...terus tak jadi angkat. Kenapa harga di sabah ni beza banyak sangat dgn semenanjung??