TANGKAK di Johor menjadi lokasi pertama di rantau Asia Tenggara memulakan tawaran kemudahan Pengecas Prestasi Tinggi (HPC) untuk kenderaan elektrik (EV).
Inisiatif HPC itu terhasil menerusi kerjasama Shell dan Porsche Asia Pacific. Operasi HPC di Tangkak sudah bermula hari ini, memberi manfaat awal kepada pemilik EV di Johor dan Singapura.
Kemudahan itu juga adalah infrastruktur rentas sempadan pertama Shell di rantau ini dan akan ditingkatkan menjadi 12 HPC di enam stesen Shell di Malaysia pada masa akan datang.
Berdasarkan maklumat, HPC akan disediakan di tiga negeri, masing-masing dua pengecas HPC. Berikut ialah senarainya:
Perak
- SH RTC Simpang Pulai (Arah Utara) - Daerah Kinta
- Kawasan Servis dan Rehat (RSA) SH Tapah Lebuhraya Utara Selatan (Arah Selatan) - Daerah Batang Padang
Negeri Sembilan
- Rehat dan Rawat (R&R) SH Seremban Lebuhraya Utara Selatan (Arah Selatan) - Labu
- R&R SH Seremban Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara) - Labu
Johor
- Hentian Sebelah SH Tangkak (Arah Selatan) - Tangkak (foto bawah)
- Kawasan Rehat SH Pagoh (Arah Selatan) - Muar
HPC RENTAS SEMPADAN
- Shell mempunyai rancangan untuk meluaskan rangkaian kemudahan HPC dari Singapura ke Malaysia dan Thailand.
- Jika pelan itu berjaya, pemilik kenderaan EV boleh memandu dari Singapura hingga Thailand tanpa perlu bimbang atau menghabiskan masa lama menunggu bateri dicas semula.
- Lokasi pendirian kemudahan HPC nampaknya lebih tertumpu kepada laluan aliran trafik tinggi seperti Lebuhraya Utara Selatan.
- Shell Thailand akan mengumumkan perkembangan HPC di negara mereka seawal minggu depan.
- Shell kini mempunyai 80,000 poin pengecas di seluruh dunia dan mahu meningkatkan jumlah kepada 500,000 menjelang 2025.
- Rancangan itu sebahagian daripada objektif syarikat untuk mencapai misi 50 peratus emisi sifar-bersih pada 2030 dan sepenuhnya menjelang 2050.
APA KEBAIKAN HPC
- Semua pemilik EV boleh menggunakan Rangkaian HPC dengan kadar bayaran tertentu.
- Tempahan slot perlu dibuat lebih awal menggunakan aplikasi tempahan atas talian untuk pemegang kad keahlian platinum dan emas.
- Pemilik EV bukan ahli pula perlu mengimbas kod QR pada terminal pengecas.
- Ada palang penghalang parkir akan dinaikkan di terminal pengecas selepas ahli membuat tempahan slot. Tujuannya untuk menghalang orang lain menggunakan pengecas semasa slot anda.
- HPC menawarkan kemudahan pengecasan 180 kilowat DC (terminal pengecasan paling pantas)
- Masa mengecas lebih singkat. Contohnya, bateri Porsche Taycan boleh dicas dari sifar kepada 80 peratus dalam 30 minit dan boleh dipandu sejauh 390km (WLTP2).
- Porsche mendedahkan masa mengecas Taycan menggunakan HPC sememangnya menjimatkan iaitu:
- 5 minit cas, boleh pandu dari Tangkak, Johor ke Melaka
- 10 minit cas, pemilik Taycan boleh memandu dari Tangkak ke Legoland Malaysia
- 20 minit cas, pemanduan dari Tangkak ke Genting Highlands
- Maklumat mengenai pakej keahlian dan caj yang dikenakan boleh didapati menerusi laman web Shell Malaysia: Shell Recharge
Leave a Reply