• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lelaki Hamun Penguat Kuasa MPKS Dah Kena Tahan

Lelaki Hamun Penguat Kuasa MPKS Dah Kena Tahan

January 6, 2022 By Farah Leave a Comment

55
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LELAKI yang  beraksi samseng dengan memaki hamun, menggertak dan mengacah seorang anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) sudah pun ditahan polis, malam tadi.

Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan di sebuah stesen minyak di Jalan Bidara 6/3, Saujana Utama, Sungai Buloh, kira-kira jam 10 malam tadi.

BACA >>> Berang Disaman Letak Motor dalam Parkir OKU, Lelaki Hamun Penguat Kuasa Depan Muka

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada anggota penguat kuasa MPKS pada jam 9.49 pagi. Bertindak atas aduan tersebut, polis melakukan tangkapan dan suspek akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular rakaman 1 minit seorang suspek, yang juga tidak memakai pelitup muka, mengekori anggota penguat kuasa sambil mengeluarkan kata kesat kerana tidak puas hati motosikalnya disaman kerana diletakkan dalam petak parkir Orang Kurang Upaya (OKU).

Malah, suspek turut mengugut hendak menumbuk dan membunuh anggota tersebut serta beberapa kali mengacah seperti hendak melakukan serangan fizikal.

BACA >>> JPJ Bukan 'Cover' Lori Balak, Tapi Iring Supaya Tak Lari
BACA >>> Polis, JPJ Tunggu di Pintu Jeti, 'Langkawi Attack' Tak Jadi 'Rancak'

SUMBER: PolisDaerahSungaiBuloh

Related

55
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: anggota penguat kuasa kena maki, anggota penguatkuasa, lelaki cetus provokasi, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), parkir OKU, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, video anggota penguat kuasa kena maki, Video Viral, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
    #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
  • Modenas Elit 150S 2025 Lancar Sempena Rai Ulang Tahun ke-30, Harga RM7,877
    Modenas Elit 150S 2025 Lancar Sempena Rai Ulang Tahun ke-30, Harga RM7,877

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev