• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Berang Disaman Letak Motor dalam Parkir OKU, Lelaki Hamun Penguat Kuasa Depan Muka

Berang Disaman Letak Motor dalam Parkir OKU, Lelaki Hamun Penguat Kuasa Depan Muka

January 6, 2022 By Farah Leave a Comment

903
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERANG motosikal disaman, seorang lelaki beraksi samseng dengan memaki hamun, menggertak dan mengacah seorang anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

Tindakan biadap lelaki itu kebetulan pula sempat dirakamkan orang awam di Saujana Utama kira-kira jam 9.45 pagi, kelmarin (4 Januari) sebelum tular di media sosial.

BACA >>> Bezza Potong Q di Lampu Isyarat, Polis Hantar Saman Sampai ke Rumah

Dalam klip video 1 minit itu, suspek mengekori anggota penguat kuasa sambil mengeluarkan kata kesat kerana tidak puas hati motosikalnya disaman.  Lelaki itu, yang juga tidak memakai pelitup muka, turut menghamburkan makian betul-betul di depan muka penguat kuasa tersebut.

Lebih menakutkan,  suspek turut mengugut hendak menumbuk dan membunuh anggota tersebut serta beberapa kali mengacah seperti hendak melakukan serangan fizikal.

Pu*im** punya Bandaraya. Kau jangan sampai aku bunuh kau dowh.. sumpah!"

Bagaimanapun, anggota itu kekal tenang menerima provokasi tersebut dan selamba bergerak meneruskan tugasnya tanpa menghiraukan dirinya dicerca. Difahamkan, notis kompaun dikeluarkan kerana suspek meletakkan motosikal dalam petak parkir Orang Kurang Upaya (OKU).

Sementara itu MPKS dalam kenyataan meluahkan rasa kesal dengan tindakan suspek lelaki berkeaan yang mencetuskan provokasi dan ancaman terhadap anggota penguatkuasa yang sedang menjalankan tugas pemantauan kupon parkir.

MPKS turut memaklumkan laporan polis sudah dibuat dan merakamkan ucapan terima kasih berserta tahniah kepada anggota penguat kuasa yang menjalankan tugas secara profesional dan tidak ambil peduli terhadap provokasi diterima ketika menjalankan tugas.

BACA >>> Video Pemandu Persona Ngelat Bayar Tol di Jambatan Pulau Pinang
BACA >>> Ada Mahu Bantu Drebar Treler, Tapi Tidak Jadi Kerana Dituduh Mabuk

Related

903
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: anggota penguatkuasa, Auto Terkini, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), maki penguatkuasa, Saman Parkir OKU, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my