• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah

Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah

January 7, 2022 By Farah Leave a Comment

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERMULAAN 2022 melakar detik indah buat kaki pancing dari Muar, Johor ini apabila memenangi cabutan bertuah Ford Mustang dalam acara pertandingan memancing di Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah awal Januari lalu.

Siapa sangka Muhammmad Amerrul Hakimi Mohd Suhaili, 24, atau Kimie dapatmembawa pulang sebuah kereta mewah selepas namanya disebut sebagai pemenang hadiah utama dalam pertandingan anjuran Joran Bukit Merah Laketown yang disertai lebih 3,000 kaki pancing semalaysia.

BACA >>> Untunglah 'Sweet 18' Dapat Hadiah Hari Jadi Ford Mustang

Sebagai makluman model sport Mustang itu berharga antara RM450,000 dan RM570,000, bergantung varian dan kuasa. Cerita mengenai seorang anak muda menang cabutan bertuah itu pantas menjadi tular media sosial.

Pergi Naik Bas, Pulang Naik Ford Mustang
kimie
kimie menang

Mungkin ramai tidak tahu, di sebalik kemenangan itu, anak muda itu sanggup datang sejauh dari Muar, Johor ke Jitra, Kedah menaiki bas bersama rombongan memancing lain, termasuk bapa dan abangnya dengan bermodalkan tiket berharga RM100 dan yuran pendaftaran RM140 untuk masuk acara tersebut. Inilah namanya kaki pancing sejati!

Akhirnya, niat asal untuk bersuka-suka menyertai pertandingan itu membawa tuah kepadanya. Malah, ketika nama dipanggil pengacara majlis, Kimie mengakui tidak perasan kerana sibuk membeli air dan hanya tahu dia pemenang Mustang tersebut selepas naik pentas.

BACA >>> 91 Tahun Setia Satu Jenama, Ford Hadiahkan Mustang Mach-E kepada Atuk 101 Tahun

Hadiah untuk Bapa

Menurut Kimie, dia berhajat menghadiahkan kereta itu kepada bapanya sebagai hadiah hari jadi.

Tarikh saya daftar ke acara memancing secara kebetulan sama dengan tarikh hari jadi ayah saya pada 28 Disember. Memandangkan baru lepas hari jadi ayah saya, saya niat nak bagi pada ayah saya.

"Hadiah ini pun rezeki dan dapat hasil berkat doa ibu bapa saya."

Kimie juga percaya amalan sedekah turut memain peranan dalam kemenangan tersebut. Inilah dinamakan tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Syabas kepada Kimie, walaupun menang kereta, tetap tidak lupa ibu bapa. Memang patut murah rezeki!

BACA >>> Drebar Treler Sakit Jantung: Tidak Tahu Siapa Rakam, Cuma Muat Naik Video WhatsApp 
BACA >>> Abang Viva Bakal Dapat 4x4 Tak Lama Lagi!

Related

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Cabutan Bertuah, Ford Mustang, Joran Bukit Merah Laketown, kaki pancing, Kereta Sport, menang ford mustang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev