• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Selepas Saga EV, Muncul Pula Supersaga Versi Prestasi 0-100kmj Sepantas 4.6 Saat

Selepas Saga EV, Muncul Pula Supersaga Versi Prestasi 0-100kmj Sepantas 4.6 Saat

January 5, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SYARIKAT kenderaan elektrik (EV) dari Amerika Syarikat (AS), Alpha Motors Corporation membuat kejutan apabila menampilkan varian baharu Saga versi prestasi dalam gaya sport.

Dinamakan Supersaga (2022), model EV itu ditayangkan di program penghargaan kenderaan bebas emisi, The Zevas sempena Pameran Auto Los Angeles.

BACA >>> Saga Elektrik Buka Tempahan, Harga Mula RM167k!
BACA >>> Lebih 100,000 Proton Saga Dijual Sejak 2019, Jadi Sedan Segmen-A Paling Laris Malaysia

Berikut perincian Supersaga (2022):

  • Ada dua pilihan warna: Runaway (putih berkilat) dan Paradise (biru lembut).
  • Menggunakan dua unit motor dan sistem pacuan semua roda (AWD) dengan pecutan 0-100kmj sepantas 4.6 saat.
  • Kuasa daripada unit motor diperoleh daripada pek bateri litium-ion berbentuk silinder dengan sistem voltan elektrik tinggi.
  • Mampu mencapai jarak pemanduan kira-kira 482km untuk setiap kali cas.
  • Dilengkapi sistem penyejukan cecair dan pemanas untuk mengawal suhu unit pacuan elektrik.
  • Tempoh cas semula hingga 80 peratus mengambil masa sejam menggunakan pengecas arus terus (DC).
  • Dilengkapkan pakej kit badan untuk menambah baik aerodinamik, set bampar dengan ventilator udara, spoiler bawah bampar depan, difuser belakang, skirt sisi dan spoiler belakang.

BACA >>> Proton Daftar X80, X90, SUV Baharu dan Pengganti Exora Bakal Muncul?

  • Rim Rotiform DTM 20 inci hitam. Ada juga opsyen rim aloi 18 inci.
  • Sebahagian besar komponen dibentuk menggunakan gentian karbon, termasuk kit badan, pintu but, bumbung, perumah lampu utama, perumah cermin sisi, papan pemuka dan kerusi.
  • Ada ruang simpanan barang bawah bonet depan.

BACA >>> Harga Kereta Elektrik Turun Hampir 50 Peratus di China, Dapat Beli Semurah RM8.3k

  • Dimensi panjang 4,700mm, lebar 1,970mm, dan tinggi 1,430mm dengan berat keseluruhan 1,905kg.
  • Tambahan lain ialah sistem audio premium, sambungan Bluetooth, kerusi dan trim kabin premium.

SUPERSAGA RUNAWAY

SUPERSAGA PARADISE

SUMBER: Alpha | DesignBoom

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Alpha Motors Corporation, dua roda, Pameran Auto Los Angeles, Roda4, Saga Elektrik Sport, Supersaga, The Zevas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my