• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Drebar Treler Sakit Jantung: Tidak Tahu Siapa Rakam, Cuma Muat Naik Video WhatsApp

Drebar Treler Sakit Jantung: Tidak Tahu Siapa Rakam, Cuma Muat Naik Video WhatsApp

January 5, 2022 By Farah Leave a Comment

828
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DEK kecaman netizen, pasangan suami isteri yang memuat naik video pemandu treler melanggar tiga kereta akibat diserang sakit jantung di kawasan Kilang Daikin, Sungai Buloh beberapa hari lalu tampil menjelaskan isu sebenar berhubung insiden tersebut.

Dalam video dimuat naik dalam akaun TikTok @mubarakkhan1535 itu, pasangan ini mendakwa mereka bukan individu yang merakamkan insiden tersebut, sebaliknya hanya memuat naik video tersebut apabila menerima video itu menerusi aplikasi WhatsApp.

BACA >>> Kes Stesen Minyak Berasap Kena Langgar Lori Sampah, Rupanya Drebar Mabuk!
BACA >>> Maut Depan Isteri, Anak Selepas Tukar Tayar, Polis Buru Drebar Lori Langgar Lari

Video itu dihantar di dalam WhatsApp group, saya cuma upload (muat naik) semula sahaja. Saya tidak ada kena mengena dengan video itu.

"Saya tiada kena mengena dengan kemalangan itu, kereta yang kena langgar itu pun bukan kereta saya. Dan encik boleh bandingkan suara isteri saya dan suara dalam video itu, memang tiada kena mengena."

Bagi mengesahkan hal itu, isteri lelaki berkenaan turut bersuara bagi mengesahkan bahawa itu bukan suaranya yang merakam video tukar tersebut dan memohon orang ramai berhenti mengecam mereka.

Bukan saya dalam video itu dan perempuan dalam video itu orang lain. Bukan kami punya video itu, cuma suami saya kongsi sahaja dalam TikTok.

"Kami telah buat laporan polis.. tolonglah berhenti kecam kami. Kepada arwah keluarga, kami mohon maaf."

Video asal insiden kemudian dipadamkan dan hanya video penjelasan dimuat naik, termasuk laporan polis.

Semalam, tular klip video memaparkan seorang pemandu treler sedang tercungap menahan sakit selepas melanggar tiga kenderaan diparkir di bahu jalan di BRB 8/2 Sungai Buloh, Selangor. Dalam video tersebut, perakam tersalah anggap pemandu itu mabuk, sebaliknya hanya sibuk merakam kesan kemalangan.

Polis Daerah Sungai Buloh kemudian mengesahkan pemandu treler berkenaan mengalami sakit jantung dan sudah meninggal dunia. Video tersebut tular di media sosial engan mendapat pelbagai reaksi netizen yang berang dengan tindakan si perakam.

BACA >>> Bukan Nak Tolong, Tapi Sibuk Rakam, Drebar Treler Disangka Mabuk Rupanya Sakit Jantung

Related

828
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Drebar Treler Sakit Jantung, kemalangan, pemandu lori, pemandu lori sakit jantung, treler, video mohon maaf, video tular

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my