• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bukan Nak Tolong, Tapi Sibuk Rakam, Drebar Treler Disangka Mabuk Rupanya Sakit Jantung

Bukan Nak Tolong, Tapi Sibuk Rakam, Drebar Treler Disangka Mabuk Rupanya Sakit Jantung

January 4, 2022 By Farah Leave a Comment

6.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SATU video tular menunjukkan seorang pemandu treler sedang tercungap menahan sakit selepas melanggar tiga kenderaan diparkir di bahu jalan di BRB 8/2 Sungai Buloh, Selangor.

Dalam klip video 1.17 minit itu, perakam tersalah anggap pemandu tersebut sedang mabuk. Faktanya, pemandu lelaki itu sedang bertarung nyawa sebelum disahkan meninggal dunia.

Video pendek dimuat naik di media sosial itu mengundang kecaman netizen yang berpendapat wanita itu boleh menyelamatkan pemandu treler tersebut jika pantas menghubungi ambulans dan bukan sibuk merakam kejadian tersebut.

Malah, tindakan perakam berulang-kali menuduh si pemandu mabuk tanpa terus menghubungi pihak berkuasa seperti polis atau pasukan keselamatan menimbulkan kemarahan ramai. Dek diserang netizen, wanita tersebut difahamkan sudah pun memadamkan video berkenaan dalam akaun TikToknya.

BUKAN MABUK TAPI SAKIT JANTUNG

Insiden yang berlaku semalam itu turut dijelaskan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar dalam satu kenyataan media.

Pemandu treler tersebut dipercayai mengalami sakit dada hingga menyebabkan lori treler dipandunya hilang kawalan dan melanggar tiga kenderaan yang diparkir di bahu jalan.

Pada hari sama, pemandu treler berkenaan disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Sungai Buloh pada kira-kira jam 12.09 tengah hari. Polis turut meminta orang awam tidak membuat spekulasi mengenai insiden berkenaan bagi menghormati keluarga arwah.

Al-Fatihah kepada mangsa, dan takziah buat keluarga.

BACA >>> Video Penunggang Warga Emas Lawan Arus Maut Dirempuh
BACA >>> Pelajar Pandu 'King' Pangkah Kereta Depan Serah Diri

Related

6.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Dreba Treler Sakit Jantung, Lori treler, pemandu lori dituduh mabuk, pemandu lori sakit jantung, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, Video TikTok, Video Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my