• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / NGO: PLUS, TnG Tidak Cukup Perjelas Manfaat RFID

NGO: PLUS, TnG Tidak Cukup Perjelas Manfaat RFID

January 3, 2022 By Farah Leave a Comment

6.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APABILA Kerajaan mengumumkan hasrat melaksanakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk pembayaran tol di laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 15 Januari ini, ramai pengguna meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan tersebut.

Namun bagi pengguna yang pernah menggunakan sistem itu, ada kalangan mereka menyokong dan berpendapat sistem pembayaran tol teknologi itu lebih mudah berbanding Touch ‘n Go (TnG) dan SmartTAG.

BACA >>> SmartTAG Lagi Laju daripada RFID!

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, perubahan kepada sistem pembayaran tol lebih moden adalah selaras hasrat Kerajaan mahu menambah baik pengurusan kesesakan plaza tol.

Mohd Yusof turut memberi contoh negara jiran, Singapura yang tidak perlu berhenti, menyentuh kad fizikal dan sebagainya seperti sistem di Malaysia sekali gus menjadikan perjalanan di lebuh raya lebih lancar.

Seiring teknologi masa kini, PLUS Malaysia kini mula memperkenalkan pembayaran tol melalui RFID sejak 2018 melibatkan lebuh raya terpilih ke arah  pelaksanaan Sistem Laluan Terus Pelbagai Lorong (MLFF) tanpa memerlukan kewujudan Plaza Tol.

BACA >>> #SembangDeras: Kat Shell Pun Boleh Beli, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman 3 Tahun Guna RFID

RFID MALAYSIA MASIH BERPALANG

Namun, Mohd Yusof berpendapat 20 laluan RFID di sembilan Plaza Tol PLUS buat masa ini masih berpalang dan situasi itu membuatkan pengguna lebuh raya perlu memperlahankan kenderaan sebelum tag diimbas. Walaupun penggunaan sistem RFID ada kelemahannya, BELIAU mengakui kemudahan tambah nilai RFID lebih mudah dan seharusnya menerima reaksi positif pengguna.

Macam yang dikatakan ramai pihak, kalau dengan Touch ‘n Go kita memang alami kesukaran menambah nilai. Kena singgah ke kedai serbaneka, stesen minyak dan kena sediakan tunai sebab untuk tambah nilai tanpa tunai tidak boleh.

"Jadi RFID ini bagi kita pilihan yang lebih mudah sebab boleh tambah nilai menerusi telefon pintar sama ada guna kad debit atau kredit, atau perbankan dalam talian. Ia juga ada ciri tambah nilai langsung menggunakan e-dompet."

Pada masa sama, Mohd Yusof bersetuju pelaksanaan RFID harus dilakukan berperingkat kerana tidak semua pengguna mempunyai tag RFID dan maklumat mengenai sistem itu masih kurang. Beliau turut menyarankan PLUS mengadakan lebih banyak promosi mengenai teknologi itu yang boleh memberi manfaat kepada penguna.

Jelasnya, dia faham banyak yang kurang setuju perubahan kepada sistem RFID ini kerana belum ramai menggunakannya.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mempersoalkan adakah wujud keperluan mendesak untuk perlaksaan RFID dilakukan tempoh terdekat. Ini kerana beliau merasakan majoriti rakyat ketika ini sedang melalui fasa hidup yang sukar akibat Covid-19.

Walaupun beliau maklum PLUS menjelaskan sistem pembayaran TnG dan SmartTAG masih diteruskan lagi, tetapi baginya pengumuman itu dianggap 'berita buruk' bagi sebilangan masyarakat.

Walaupun hanya sekadar pengumuman dan kaedah pembayaran sedia ada masih berjalan, itu sudah memberi kesan kepada rakyat untuk semakin tertekan.

"Rakyat hidup dalam harapan ketika ini dan harapan yang ‘cantik’ akan menyeronokkan mereka. ‘The feel good factor’ itu amat penting kepada kita."

Nadzim turut mempersoalkan beberapa isu seperti sesetengah pengguna luar bandar yang sukar mendapat akses pemasangan RFID, isu teknikal seperti pemindahan baki Touch n Go ke RFID, dan parkir kenderaan menggunakan TnG.

Justeru, beliau berharap PLUS memberikan lebih banyak penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan RFID dan memudahkan pengguna berhubung isu teknikal tanpa sebarang kos tambahan.

SUDAH 1.2 JUTA GUNA RFID

Sebagai makluman, seramai 1,269,957 pengguna jalan raya seluruh negara sudah menggunakan RFID, menurut laman web RFID.

Pada Disember lalu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup  mengesahkan penggunaan dua kaedah (TnG dan SmartTAG) mungkin dihentikan penghujung 2023 bagi memberi laluan kepada sistem RFID.

BACA >>> RFID Bermula, Touch 'n Go, SmartTAG Henti Berperingkat Menjelang 15 Januari 2022
BACA >>> Guna Laluan RFID, Dapat Hadiah SUV!

SUMBER: Bernama

Related

6.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Nadzim Johan, Mohd Yusof Abdul Rahman, plaza tol, Plus Malaysia, RFID, Smart Tag, tol, Touch N Go

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev