• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ibu Hamil Maut, Jazz Terbabas Langgar Lopak Air di LPT2

Ibu Hamil Maut, Jazz Terbabas Langgar Lopak Air di LPT2

January 3, 2022 By Farah Leave a Comment

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG ibu bersama anak dalam kandungan maut selepas kereta Honda Jazz dipandu suaminya terbabas akibat terlanggar lopak air di KM392.2, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) Ajil dekat Bukit Besi, Hulu Terengganu, Sabtu lalu.

Dalam insiden jam 11.30 pagi itu, Jazz dipandu Nasir Mamat, 32, terbabas hingga merempuh besi pengadang jalan di lebuh raya tersebut. Impak kemalangan itu menyebabkan Norbibi Arisya Ab Latif, 26, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suaminya patah bahu kiri.

BACA >>> Lebuhraya KL-Karak, LPT1 Dibuka Semula

Turut sama dalam kenderaan itu ialah dua anak saudara berusia empat dan lapan tahun yang hanya mengalami cedera ringan.

Berdasarkan video tular di media sosial, semua mangsa dibantu dan dibawa keluar orang awam yang menyaksikan kemalangan tersebut. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu, manakala tiga mangsa lain turut menerima rawatan di hospital sama.

Mangsa dilaporkan sedang dalam perjalanan dari rumah mereka di Batu Rakit, Kuala Nerus untuk menziarahi saudara di Cheneh, Kemaman. Al-fatihah dan takziah buat keluarga mangsa.

BACA >>> Foto 'Abang Long Jai' Bantu Mangsa Kemalangan Curi Tumpuan Netizen
BACA >>> Myvi Terjunam Masuk Sungai, Anak 4 Tahun Maut, Seorang Lagi Koma

SUMBER: UtusanOnline

Related

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ibu hamil kemalangan, kemalangan lPT2, Kemalangan Maut LPT2, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my