• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Audi Bikin Audi S1 e-Tron Quattro Hoonitron dengan Bantuan Ken Block!

Audi Bikin Audi S1 e-Tron Quattro Hoonitron dengan Bantuan Ken Block!

January 26, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

104
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AUDI memiliki barisan produk dengan teknologi dan rekabentuk menarik, cuma jenama itu kurang mendapat liputan berbanding dua lagi pengeluar dari Jerman, Mercedes-Benz dan BMW. Malah Lamborghini sebagai subsidiari Audi lebih kerap mendapat perhatian media massa.

Jadi apa perlu dibuat?

Pada September 2021, Audi menandatangani usahawan, pelumba dan selebriti terkenal Ken Block untuk membantu program pembangunan kereta elektrik masa depan jenama itu. Gandingan tersebut dilihat mampu membuka mata ramai selain menjadi akses kepada golongan muda.

Dari jenama dipandang serius, Audi bakal nampak lebih cool apabila bersama Ken Block. Dalam masa beberapa bulan selepas kerjasama itu diumumkan, Audi pada Disember 2021 memperkenalkan S1 e-tron quattro Hoonitron, iaitu model khas dibangunkan untuk Ken Block yang dijana trenkuasa elektrik dan bakal menjadi 'permainan' baharu pelumba selebriti itu.

Audi S1 e-tron quattro Hoonitron.05
Audi S1 e-tron quattro Hoonitron.04

Dari segi rekabentuk, S1 Hoonitron membawa pengaruh jentera Audi era 1980-90-an dengan identiti yang cukup dihargai Ken Block. Ini kerana minat beliau kepada jentera rali Audi sudah tercetus sejak muda lagi. Berikut fakta mengenai model elektrik tersebut:

Gran Turismo 6
  • S1 Hoonitron dipengaruhi daripada Audi Sport quattro S1 (foto atas) yang digunakan dalam perlumbaan Pikes Peak beberapa dekad dulu.
  • Dijana dua motor elektrik dalam sistem pacuan semua roda (AWD), manakala casis dibuat daripada gentian karbon, manakala ciri keselamatan mengikut standard Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).
  • Keseluruhan program pembangunan termasuk teknologi S1 Hoonitron dihasilkan Audi Sport di Neckarsulm, Jerman, iaitu lokasi sama yang mengeluarkan Audi RS e-tron GT.
  • Audi Design di Ingolstadt bertanggungjawab menggayakan model ini di bawah seliaan Ketua Pereka, Marc Lichte dan pasukannya yang bekerja dalam jadual ketat selama empat minggu berbanding setahun dan setahun setengah untuk melakukan rekabentuk baharu.
  • Audi Design juga kerap berkomunikasi dengan Ken Block dan pasukannya untuk projek ini.

Dunia EV dilihat akan disemarakkan lagi dengan projek ini dan dipercayai dapat meningkatkan pandangan orang muda tentang keseronokan pemanduan kereta bernadikan bateri!

BACA >>> Audi RS Q e-Tron - Jentera Lumba Elektrik yang Dibikin untuk Rali Dakar
BACA >>> Audi RS3 Saloon - Kompak Terpantas di Nürburgring! Lebih Laju daripada A45 S 4Matic+

Audi S1 e-tron quattro Hoonitron.01
Audi S1 e-tron quattro Hoonitron.02
Audi S1 e-tron quattro Hoonitron.03
Audi S1 e-tron quattro Hoonitron.04
Audi S1 e-tron quattro Hoonitron.05
Audi S1 e-tron quattro Hoonitron.06
Audi S1 e-tron quattro Hoonitron.07
Audi S1 e-tron quattro Hoonitron.08
Audi S1 e-tron quattro Hoonitron.09
Audi S1 e-tron quattro Hoonitron.10
Audi S1 e-tron quattro Hoonitron.11

Related

104
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Audi, Audi S1 e-tron quattro Hoonitron, Auto Terkini, Ken Block, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev