• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bezza Potong Q di Lampu Isyarat, Polis Hantar Saman Sampai ke Rumah

Bezza Potong Q di Lampu Isyarat, Polis Hantar Saman Sampai ke Rumah

December 31, 2021 By Farah Leave a Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MASALAH kereta potong 'Q' sama ada di lampu isyarat atau persimpangan bukan sesuatu asing di Malaysia. Semuanya kerana tidak mahu bersabar dan hendak cepat.

Namun jangan disangka perbuatan itu 'halal' di sisi undang-undang. Polis trafik baru-baru ini memburu pemandu sebuah Perodua Bezza hingga ke rumahnya untuk diberikan saman dan amaran atas kesalahan memotong barisan.

BACA >>> RS150R Potong Tak Lepas, 2 Rakan Kerja Maut Rempuh Myvi

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2021/12/video-potong-queue.mp4

Kesalahan pemandu Bezza itu terbongkar selepas tular klip video kamera pemuka (dashcam) yang dimuat naik laman Facebook DashCam Owners Malaysia.

Insiden itu dilaporkan berlaku kelmarin (29 Disember, Rabu) kira-kira jam 7.56 pagi di persimpangan Lebuh Puncak Jelapang, Perak.

Dalam rakaman itu, kereta pemilik dashcam berhenti di lampu isyarat dan berada di kedudukan paling depan. Tetapi tidak lama kemudian, datang Bezza merah memotong dari sebelah kiri jalan dan berada di depannya.

Jabatan Siasatan Polis Trafik (JSPT) dalam satu kenyataan memaklumkan JSPT memandang serius kelakuan pemandu yang ‘tidak reti bersabar’ dengan memotong Q dan mementingkan diri tanpa menghiraukan pemandu lain.

JSPT menganggap tindakan itu jelas mendatangkan kemarahan dan boleh mencetuskan pergaduhan. Justeru polis menghargai kerjasama orang awam yang dapat menghulurkan video dan gambar kesalahan pengguna jalan raya.

Awas kepada mereka yang suka potong 'Q' ketika memandu, anda mungkin diburu polis kalau anda dirakam!

BACA >>> Tiga Maut, Dashcam Jadi Saksi Aruz Laju Sangat
BACA >>> Video Budak Lari Lintas Jalan Nyaris Dilanggar, Bapa Pula Tak Sedar Apa Berlaku

SUMBER: JSPT PDRM

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bezza, Dashcam, polis buru potong queue, potong barisan di lampu isyarat, potong queue

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my