Bencana alam memang tidak dapat diramalkan, dan banjir baru-baru ini benar-benar menggemparkan seluruh negara. Sekarang kami bukan saja hendak berkongsikan tip penjagaan kenderaan ketika banjir, tetapi juga mahu tunjukkan cara mudah memperbaharui insurans kereta anda dengan Boost CarProtect.
Bantuan Kerajaan untuk Mangsa Banjir
Kerajaan sudah memastikan segala bantuan dan kemudahan kepada mangsa banjir dilaksanakan secara komprehensif, berkesan dan menyeluruh di bawah Bantuan Banjir Keluarga Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion.
Bagi pemilik kenderaan yang rosak akibat banjir, Kerajaan juga menyediakan baucar tunai RM1,000 bagi tujuan baik pulih dan pembelian kenderaan baharu membabitkan lori, kereta, motosikal dan lain-lain.
Hari ini kami akan kongsikan apa yang perlu dilakukan jika kereta anda tenggelam akibat banjir.
Langkah Keselamatan & Panduan Penjagaan Kenderaan Musim Banjir
Sebelum ini, Instagram Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) baru berkongsi maklumat mengenai panduan penjagaan kenderaan semasa banjir. Anda boleh saja mengikut panduan tersebut seperti di bawah ini:
View this post on Instagram
Jika anda gagal mengalihkan kenderaan ke tempat selamat dan tidak ditenggelami banjir, apakah patut anda buat?
PERTAMA, jangan sesekali menghidupkan enjin selepas ditenggelami banjir kerana tindakan itu berpotensi memburukkan lagi kondisi kenderaan anda.
KEDUA, anda boleh menyemak dan membuat tuntutan dengan syarikat insurans anda jika ada menambah 'Flood & Special Perils Coverage' dalam polisi insurans tersebut.
Jika belum, anda digalakkan menambah 'Flood & Special Perils Coverage' apabila memperbaharui insurans kereta pada masa depan bagi membolehkan anda mendapat tuntutan ganti rugi ke atas kenderaan yang mengalami kerosakan akibat bencana alam.
'Flood & Special Perils Coverage' ditawarkan syarikat insuran itu bukan saja melindungi kereta anda yang rosak akibat banjir, tetapi juga bencana alam lain seperti tanah runtuh, ribut, dan lain-lain.
Anda ingin memperbaharui insurans kereta dengan mudah? Gunalah aplikasi Boost yang kini menawarkan RM100 pulangan tunai (cashback) jika diperbaharui sebelum 31 Mac 2022.
View this post on Instagram
Selain itu, ada banyak manfaat yang boleh dinikmati jika memperbaharui insurans dengan aplikasi Boost seperti berikut:
- Bantuan helpline 24/7 untuk servis trak tunda, menghantar tuntutan, senarai bengkel panel dan servis bateri dengan satu tap 'Emergency Button' saja.Â
- Akses polisi insurans kereta secara terus daripada aplikasi Boost.
- Mudah menyesuaikan pakej insurans anda, seperti menambah manfaat 'Flood & Special Perils Coverage'.
- Berikut cara memperbaharui insurans kereta melalui Boost CarProtect. Senang saja, anda hanya perlu:
- Buka aplikasi Boost anda.
- Pilih butang Insurans.
- Pilih CarProtect.
- Klik Get Quote.
- Isikan butiran kenderaan anda.
- Laraskan perlindungan insurans atau perlindungan tambahan yang dimahukan.
- Dapatkan sebut harga dan buat bayaran.
- Selepas JPJ meluluskan pembaharuan, insurans kereta anda berjaya diperbaharui!
- Terima Cashback RM100 anda dalam masa 14 hari bekerja.
- Ketahui maklumat lanjut mengenai Boost CarProtect, menerusi pautan: https://www.myboost.com.my/promotion/car-insurance-rm100-cashback/Â
- Maklumat mengenai insurans lain (Boost Protect), sila layari: https://www.myboost.com.my/features/insurance/
- Muat Turun app Boost sekarang!
Leave a Reply