• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MotoGP Shell Malaysia 2016 Meriah, Pelanggan Shell Advance Turut Diraikan

MotoGP Shell Malaysia 2016 Meriah, Pelanggan Shell Advance Turut Diraikan

November 23, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

MotoGP Shell Malaysia 2016PERLUMBAAN MotoGP Shell Malaysia 2016 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baru-baru ini menyaksikan kemenangan buat pelumba Ducati Corse, Andrea Dovizioso.

Lebih bermakna, kemenangan Andrea di MotoGP Shell Malaysia 2016 SIC menjadi detik manis apabila kali pertama bergelar juara sepanjang tempoh tujuh tahun kariernya.

MotoGP Shell Malaysia 2016
MotoGP Shell Malaysia 2016

SERVIS PERCUMA

Dalam pada itu bagi menghargai sokongan pengguna, Shell Advance menawarkan servis percuma kepada pelanggan yang menukar minyak pelincir menerusi program “Shell Advance Ride-Thru Service”.

Bukan itu saja, pelanggan yang menukar minyak pelincir turut berpeluang memenangi pelbagai barangan eksklusif Shell Advance berserta pencucian motosikal secara percuma.

BACA>>> Inilah Punca Kenapa Saya Guna Minyak Pelincir Shell Advance Ultra

MotoGP Shell Malaysia 2016MERIAH

Hasilnya, lebih daripada 1,000 motosikal telah mengambil bahagian. Rata-rata pengguna yang ditemui berasa seronok dan menyatakan penghargaan mereka di atas servis percuma yang ditawarkan. Pada masa sama, mereka lebih bersedia untuk menghadapi perjalanan jauh tanpa sebarang kerisauan.

Tim PanduLaju yang berkesempatan mengunjungi MotoGP Shell Malaysia 2016 turut diberi peluang untuk menukar minyak pelincir dan servis secara percuma.

Bukan itu saja, wakil-wakil media termasuk tim PanduLaju bersama beberapa pengunjung bertuah Shell Advance turut diberi peluang secara eksklusif ke VIP Village. Bukan saja dapat makan sedap, kami turut berpeluang menyaksikan perlumbaan MotoGP secara langsung pada suasana lebih selesa.

MotoGP Shell Malaysia 2016KONTRAK TAJAAN DISAMBUNG

Pengurus Pemasaran Shell Lubricants, Alex Lim berkata, program kali ini dianggap paling berjaya dan hebat sekali buat Shell Advance apabila pasukan Ducati bersetuju untuk mengadakan lawatan ke pusat bengkel motosikal rakan niaga di Jalan Sentul.

" Kami sangat bangga kerana ini adalah yang pertama kali dilakukan oleh pasukan Ducati.

" Dalam pada itu, kami juga mengumumkan pelanjutan tempoh penajaan selama empat tahun bagi tajaan utama MotoGP Malaysia oleh Shell Malaysia hingga 2020," katanya lagi.

Syabas Shell Malaysia.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Alex Lim, Andrea Dovizioso, Ducati Corse, MotoGP Shell Malaysia 2016, Shell Advance

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev