• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mangsa Langgar Lari Ketika Isi Minyak Rupanya Dua Beradik Berbeza Agama

Mangsa Langgar Lari Ketika Isi Minyak Rupanya Dua Beradik Berbeza Agama

December 29, 2021 By Farah Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


'KASIH hingga ke hujung nyawa', seorang pemandu lori dan runner yang maut di lorong kecemasan di KM241.6, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), Rembau akibat dirempuh sebuah treler, tengah malam semalam, rupanya adik-beradik berlainan agama.

Pemandu lori Isuzu, Saifuddin Abdullah, 50, ialah abang sulung kepada runner bermotosikal dari Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), R Morgana Krishnan, 49, yang datang membantu membawa minyak dalam botol untuk diisi pada lori yang kehabisan minyak.

BACA >>> Lari Tinggalkan Treler Selepas Rempuh Dua Lelaki Isi Minyak di Lorong Kecemasan

Saifuddin ialah mualaf yang memeluk Islam sejak 14 tahun lalu, tetapi hubungannya dengan adik-beradik lain sangat akrab. Menurut adik kepada dua mangsa, R Kuna Sundari, 37, (foto utama) kedua-dua abangnya  memang saling tolong-menolong jika salah seorang mengalami masalah.

R Morgana dikatakan sanggup datang dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur untuk membantu abangnya yang terkandas kerana kehabisan minyak di lebuh raya dekat Rembau.

Isteri Saifuddin, Naning Yuliani, 37, berkata, suaminya ada mengirimkan gambar menerusi WhatsApp yang memaklumkan keadaan lorinya yang masih terkandas di tepi lebuh raya berkenaan pada jam 10 malam. Namun, dia hanya mengetahui insiden rempuhan membabitkan suami dan adik iparnya itu kira-kira jam 6 pagi.

Menurutnya,  seminggu sebelum kejadian, arwah Saifuddin pernah meluahkan hajat mahu mengumpul duit untuk membeli tafsir al-Quran buat anak tunggal perempuannya yang autisme.

Semalam, dua lelaki maut akibat dirempuh sebuah treler ketika sedang mengisi minyak di laluan kecemasan kira-kira jam 12.30 malam. Pemandu treler dilaporkan melarikan diri dan masih diburu polis.

BACA >>> Video Budak Lari Lintas Jalan Nyaris Dilanggar, Bapa Pula Tak Sedar Apa Berlaku
BACA >>> Pemandu Treler Punca 10 Maut Mengaku Tidak Bersalah, Dibicarakan Januari Depan

SUMBER/FOTO: Utusan

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kemalangan laluan kecemasan, kemalangan maut, mangsa adik beradik, maut di laluan kecemasan, treler langgar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev