• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Datuk Bandar: DBKL Siasat Dakwaan Kolam Takungan Banjir Jadi Projek Pembangunan

Datuk Bandar: DBKL Siasat Dakwaan Kolam Takungan Banjir Jadi Projek Pembangunan

December 29, 2021 By Wahid Leave a Comment

300
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyiasat dakwaan kelulusan enam kolam takungan banjir sekitar ibu kota Kuala Lumpur untuk ditukarkan kepada projek pembangunan yang berisiko menyebabkan banjir.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, DBKL akan menyiasat dakwaan dibangkitkan Ahli Parlimen Segambut, Yang Berhormat Hannah Yeoh yang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan kolam itu diluluskan agensi itu untuk tujuan pembangunan.

Beliau berkata, Laporan Audit Negara Tahun 2019 mendedahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur meluluskan 943 kebenaran perancangan antara 2015 hingga 2020 walaupun perancangan tersebut tidak mengikuti Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020.

Menurutnya;

Laporan berkenaan menyebut perubahan zon guna tanah dan intensiti pembangunan memberi kesan kepada alam sekitar dan penambahan kepadatan menyebabkan berlaku pengurangan tanah lapang awam, kejadian banjir kilat di Kuala Lumpur dan kesesakan lalu lintas.

"Kemungkinan pendedahan paling mengejutkan dalam laporan ini ialah enam kolam takungan banjir sudah diluluskan untuk tujuan pembangunan. Tukar guna ini bukan saja menjejaskan kapasiti kolam takungan banjir, malah merencatkan keseluruhan sistem operasi Mitigasi Banjir Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Flood Mitigation), seterusnya mendedahkan Bandar Raya Kuala Lumpur kepada risiko berlaku bencana banjir lebih kerap."

Tambahnya, selain berhempas pulas membersihkan sampah akibat banjir di ibu kota, DBKL perlu menghentikan dan melihat semula bagaimana kelulusan pembangunan Kuala Lumpur dilakukan.

Saya telah membangkitkan pada persidangan Parlimen baru-baru ini mengenai kurangnya maklum balas SPRM mengenai laporan dan pendedahan ini.

"Kemusnahan disebabkan banjir minggu lalu sepatutnya menyedarkan SPRM dan DBKL untuk mengambil tindakan segera."

SUMBER: Berita Harian

Related

300
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Banjir KL, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, DBKL, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Hannah Yeoh

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my