• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CBR1000RR-R Spa 100 (2022) Edisi Terhad, Hanya 10 Unit untuk Kegunaan Trek

Honda CBR1000RR-R Spa 100 (2022) Edisi Terhad, Hanya 10 Unit untuk Kegunaan Trek

December 28, 2021 By Shawkath Leave a Comment

571
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUN 2022 menandakan ulang tahun ke-30 siri Fireblade dan ulang tahun ke-100 Litar Spa di Belgium. Sempena meraikan dua momen penting itu, Honda memperkenalkan model edisi terhad Fireblade.

Model dipanggil CBR1000RR-R Spa 100 itu dibina penganjur acara dan hari trek (track day) di Belgium, DG Sports. Unit tersebut dibina berasaskan model CBR 1000RR-R (2022) yang dinaik taraf.

BACA >>> Honda CBR1000RR-R Fireblade SP 30th Anniversary Tampil dengan Warna Retro


Jentera perdana Honda itu dijana enjin 4-silinder sedia ada berkuasa 215hp sedia ada dengan mengekalkan frem aluminium dan ditala untuk tiga penambahbaikan:

  • Prestasi dalam julat kuasa pertengahan.
  • Kestabilan semasa membelok.
  • Menambah baik prestasi ketika keluar dari selekoh.

Fasa pertama, petugas DG Sports menanggalkan cermin sisi, lampu signal belok dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Kemudian barulah tiba giliran pakar jentera lumba, Mario Kupper memasangkan sistem suspensi boleh laras dan bar hendal clip-on untuk posisi tunggangan lebih agresif.

BACA >>> Malaysia Pertama di Asia Dapat Honda CBR1000RR-R Fireblade SP, Harga RM199k!

Honda CBR1000RR-R Spa 100 - 0
Honda CBR1000RR-R Spa 100 - 3

Berikut kerja talaan dan naik taraf dilakukan:

  • Sistem suspensi depan, fork Showa BPF (depan) diubah suai untuk ditambah katrij sokongan daripada fork Ohlins 43mm.
  • Monoshock belakang Showa BFRC-L ditukar kepada Öhlins TTX.
  • Damper stereng Ohlins ditambah untuk menguatkan kestabilan.
  • Sistem brek depan diperbaharui menerusi penggunaan master silinder depan Brembo Corsa Corta dan kabel brek sirat keluli.
Honda CBR1000RR-R Spa 100 - 1
Honda CBR1000RR-R Spa 100 - 2
  • Menggunakan sistem pengurusan enjin (EMS) HRC baharu dengan sistem ekzos Arrow, manakala tayar menggunakan jenama Dunlop.
  • Ada tambahan gad brek tangan dan pelindung enjin GBRacing.
  • Tiada harga didedahkan dan hanya 10 unit dihasilkan.

BACA >>> #BikinMotor: Honda CBR1000RR-R SP Terima Dekal Badan Setiap Sudut Badan
BACA >>> Kawasaki Ninja ZX-25R Boleh Perah Sampai 17,000rpm!
BACA >>> Elak Hambar, Kejuaraan Supersport Dunia (WorldSSP) Mungkin Benarkan Jentera 900cc?

Honda CBR1000RR-R Spa 100 A
Honda CBR1000RR-R Spa 100 - 3
Honda CBR1000RR-R Spa 100 - 2
Honda CBR1000RR-R Spa 100 - 1
Honda CBR1000RR-R Spa 100 - 0
Honda CBR1000RR-R Spa 100

SUMBER: DGSport | RideApart

Related

571
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: DG Sports, Honda CBR 1000RR-R (2022), Honda CBR1000RR-R Spa 100, honda fireblade, Mario Kupper, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev