SEORANG pemandu berdepan detik cemas apabila kereta dipandu nyaris melanggar seorang kanak-kanak lelaki yang tiba-tiba melintas jalan di jalan Pantai Puteri Melaka, Ahad lalu.
Rakaman insiden itu sempat dirakamkan kamera pemuka (dashcam) milik Abdul Rashid Mohamad Al-Hedra yang dimuat naik dalam laman Facebook, hari ini.
BACA >>> #Videotomotif: Inilah Sebab Kenapa Had Laju Kawasan Kediaman Cuma 30kmj
Berdasarkan klip video 1.07 saat itu, seorang budak lelaki yang memegang sebatang permainan cangkul pasir dilihat berlari menyeberang jalan di depan kereta Abdul Rashid. Mujurlah dia pantas membrek kecemasan untuk berhenti tepat pada masanya tanpa melanggar budak berkenaan.
Sementara itu, di bahu kiri kelihatan seorang lelaki, mungkin bapa atau penjaga kanak-kanak itu, seperti sedang memasukkan barang ke tempat duduk belakang Perodua Myvi dan terpinga-pinga dengan apa sudah berlaku melihat ada kereta berhenti tiba-tiba di sebelahnya.
Namun apabila diberitahukan seorang penunggang motosikal, barulah lelaki tersebut faham dan terus memohon maaf kepada pemandu.
Menonton video itu, bapa atau penjaga kepada budak lelaki itu seperti tidak sedar anaknya sedang melintas jalan kerana sedang meletakkan barang dalam kereta. Mungkin kerana mahu mendapatkan bapanya, anak tersebut terus saja melintas dan meluru secara tiba-tiba sendirian.
Melihat detik budak lelaki itu berlari, memang berderau darah kerana seandainya pemandu lambat membrek sesaat, hampir pasti kanak-kanak itu dilanggar. Syukurlah dia selamat dan semoga video ini menjadi pengajaran buat ibu bapa supaya lebih berhati-hati mengawasi pengerakan anak masing-masing.
BACA >>> Sukarelawan Hantar Bantuan Mangsa Banjir Bertekak Tak Nak Bayar Tol
BACA >>> Myvi Terjunam Masuk Sungai, Anak 4 Tahun Maut, Seorang Lagi Koma
SUMBER: FBAbdulAlHedra
Leave a Reply