• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mazda Carol (2022), Kembar Suzuki Alto dengan Harga Mula RM36.3k Sahaja!

Mazda Carol (2022), Kembar Suzuki Alto dengan Harga Mula RM36.3k Sahaja!

January 11, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

443
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERETA segmen-A memang ada kelompok peminat tersendiri. Lihat saja Perodua Axia atas jalan. Kereta kecil begitu menawarkan banyak kelebihan seperti mudah dipandu dan diparkir.

Di Jepun, kereta mini (kei car) didatangkan dalam aneka pilihan dan sudah jadi kebiasaan pengeluar di sana saling berkongsi model.

BAC >>>  Honda N-ONE - Kei Car Terbaik Jepun 2021/22!

Contohnya, Mazda Carol (2022) ini yang dijenamakan semula daripada Suzuki Alto. Menurut sejarah, Carol dikeluarkan pada 1962, dan generasi kedua, Autozam Carol diperkenalkan pada 1989 yang berkongsi platform dan komponen mekanikal Alto kecuali rekabentuk.

Generasi seterusnya pula masih berkongsi dengan Alto, termasuk model terbaharu atau generasi kelapan yang dijadualkan menemui pelanggan Jepun pada pertengahan Januari ini. Ada apa dengan Carol (2022)?

  • Dari segi rekabentuk, Carol (2022) membawa gaya ringkas dan mudah berserta elemen klasik. Tiada lekuk badan lembut dan elegan seperti abang lain yang lebih besar, Mazda3 atau CX-5.
  • Rekabentuk begini sebenarnya mudah dihadam dan tampil minimalis. Pembeli turut ditawarkan pilihan dua tona dengan bumbung putih atau warna tunggal seperti model lain.
  • Walaupun tampil minimalis, Mazda menawarkan pilihan enjin hibrid dengan pacuan empat roda (4WD) dan teknologi bantuan pemandu.
  • Harga pula bergantung varian bermula 998,800 yen (RM36,360) hingga 1,303,500 yen (RM47,450).
Trenkuasa

Ada dua opsyen enjin, iaitu petrol dan hibrid ringan (MHEV):

  • Enjin RO6A 660cc DOHC VVT berkuasa 44hp @ 6,500rpm dan tork 55Nm @ 4,000rpm serta dipadankan transmisi automatik CVT.
  • Enjin RO6D 660cc DOHC VVT MHEV berkuasa 49hp @ 6,500rpm dan tork 58Nm @ 6,000rpm dengan motor ISG dan transmisi automatik CVT. Kuasa bateri 2.6ps dan tork 4.1Nm.
  • Menggunakan sistem pacuan dua roda (2WD) atau empat roda (4WD) sepenuh masa.
Dimensi
  • Panjang 3,395mm, lebar 1,475mm, dan tinggi 1,525mm, manakala jarak roda 2,460mm.
Sistem Keselamatan

Berikut ciri keselamatan disediakan:

  • Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • ABS Empat Roda (4W-ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Isyarat Henti Kecemasan (ESS)
  • Bantuan Lampu Suluh Tinggi (AHB)
  • 6 beg udara
  • Kawalan Cegah Salah Injak (depan dan belakang)
  • Brek Mitigasi Rosak Rempuhan (Collission Damage Mitigation Brake, CDMB) dengan pengesan pejalan kaki waktu malam
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Amaran Kenderaan Goyang (VSW)
  • Kawalan Pegun Bukit (HHC)

BACA >>> Mazda CX-50 (2022) Diperkenal dengan Imej Lebih 'Rugged'!
BACA >>> Mazda MX-30 Dipilih Kereta Paling Cantik 2020 di Jepun!

Related

443
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kei car, Kereta Segmen-A, mazda, Mazda Carol, Mazda Carol (2022), Roda4, segmen A, Suzuki Alto

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev