• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Perincian Jeep Wrangler Rubicon Versi LEGO Ini Memang Bikin Tangkap Leleh

Perincian Jeep Wrangler Rubicon Versi LEGO Ini Memang Bikin Tangkap Leleh

November 22, 2016 By Han Othman 1 Comment

FacebookTwitter

jeep-wrangler-lego-bg
JIKA awal bulan lalu kami siarkan artikel mengenai Volkswagen Golf GTI MK1 versi LEGO, kali ini giliran kenderaan pacuan empat roda (4WD) kesukaan ramai, Jeep Wrangler pula di-LEGO-kan. Seperti biasa, Jeep Wrangler versi LEGO itu ialah sumbangan seorang peminat dalam 'Ideas', iaitu laman web yang dibuka khas kepada peminat permainan blok plastik itu untuk menghantar apa saja rekaan LEGO mereka untuk dinilai orang ramai.

Menariknya, jika mendapat jumlah sokongan yang mencukupi, LEGO akan mengeluarkaan rekaan tersebut dalam versi rasmi untuk dikumpul orang ramai. Jeep Wrangler LEGO yang dikongsikan itu diadaptasikan daripada model Rubicon dua-pintu yang siap dengan perincian ruang dalaman, bumbung boleh tanggal, dan pemadam api!

jeep-wrangler-lego-3
jeep-wrangler-lego-12

Lebih nampak lebih realistik, si pereka turut menambah nombor plat, cagak cangkuk tunda dan jaring simpanan untuk boleh digunakan untuk memuatkan aksesori penting Jeep Wrangler itu. Apa lagi mahu dikatakan, set Wrangler LEGO tersebut nyata dibikin dengan baik sekali dari segi perbandingan casis, saiz tayar, lekuk berlekuk, dan gril depan ikonik.

Jika anda seorang peminat Jeep Wrangler, atau fanatik permainan LEGO, apa kata nyatakan sokongan anda kepada Chiho Kim. Mana tahu jika cukup sokongan, LEGO akan bantu merealisasikan rekaannya itu dalam versi pengeluaran rasmi untuk dikumpul anda.

GALERI

jeep-wrangler-lego-1
jeep-wrangler-lego-2
jeep-wrangler-lego-3
jeep-wrangler-lego-4
jeep-wrangler-lego-5
jeep-wrangler-lego-6
jeep-wrangler-lego-7
jeep-wrangler-lego-8
jeep-wrangler-lego-9
jeep-wrangler-lego-10
jeep-wrangler-lego-11
jeep-wrangler-lego-12
jeep-wrangler-lego-13
jeep-wrangler-lego-14
jeep-wrangler-lego-15

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Chiho Kim, Ideas, JEEP, Jeep Wrangler, jeep Wrangler Rubicon, LEGO

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev