NAMA 'Abang Viva' tidak perlu diperkenalkan lagi kerana hampir setiap hari. Ada saja kisah mengenai anak muda itu trending di media sosial yang dianggap wira tidak didendang (unsung hero) kerana mengambil inisiatif sendiri membantu mangsa banjir.
Malah sebuah masjid di Kuala Lumpur berbesar hati mendoakan beliau dalam khutbah solat Jumaat minggu lalu.
Cerita mengenai Azwan mula tular apabila kelibatnya memandu Viva dengan menambat bot memancing atas bumbung kereta itu disiarkan media sosial.
Pemuda berusia 29 tahun itu dilaporkan memandu dari Melaka ke Shah Alam dengan berbekalkan wang belanja RM50 sahaja dalam usaha menjayakan misi menyelamatkan mangsa banjir.
BACA >>> 'Abang Viva' Tular! Tambat Bot Atas Bumbung Kereta dari Melaka Nak Selamat Mangsa Banjir
TOLAK HADIAH TRAK PIKAP
Beberapa hari lalu, seorang usahawan kosmetik terkenal, Wan Siti Aishah Wan Hasan menyatakan hajat mahu menghadiahkan dia sebuah trak pikap 4x4 sebagai menghargai jasanya membantu mangsa banjir.
Namun, hadiah besar itu ditolak baik Azwan kerana takut ada unsur pemasaran (marketing) dan pada masa sama merasakan tidak mampu menjaga kos penyenggaraan yang dianggap mahal. Bagaimanapun, Wan Siti Aishah memberi peluang supaya dia berfikir terlebih dahulu sebelum memaklumkan kepadanya.
BACA >>> Usahawan Nak Hadiahkan Kereta kepada 'Abang Viva'
BUKAN KERETA SENDIRI
Temu bual portal Gempak hari ini pula mendedahkan Viva yang dipandu Azwan itu sebenarnya milik kakaknya dan dia hanya memiliki motosikal.
Sebenarnya kereta Viva ini bukan milik saya. Ia asalnya kakak saya punya yang kemudian dia beri ayah saya pakai. Saya cuma ada motor sahaja. Cuma waktu nak datang tolong mangsa banjir, saya cakap pada ayah nak pinjam kereta untuk misi ini.Viva ini kiranya kereta keluarga dan saya memang selalu pakai," katanya.
Malah, enjin bot yang digunakan untuk menyelamat mangsa banjir juga dipinjamkan daripada rakannya.
Makin kita tahu kisah Abang Viva, baru rasa kerdil diri ini. Walaupun serba kekurangan, itu bukan alasan untuk tidak membantu orang lain. Kita boleh lihat betapa ikhlas hati beliau mahu membantu orang lain. Semoga ada rezeki Abang Viva memiliki kereta suatu masa nanti.
SUMBER: Gempak
Leave a Reply