• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: 5 Tanda Sistem Suspensi Anda Perlukan Perhatian!

#TahukahAnda: 5 Tanda Sistem Suspensi Anda Perlukan Perhatian!

November 22, 2016 By Han Othman 4 Comments

4.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMAHAL mana pun sistem suspensi tetap akan lusuh, uzur atau rosak kerana kereta anda tidak dapat mengelak daripada bergolek atas pelbagai kondisi permukaan jalan. Sayangnya, ramai yang kurang mengambil berat tentang kesihatan sistem suspensi kereta mereka, sedangkan ia berpotensi menyebabkan banyak kerosakan ke atas bahagian mekanikal lain, termasuk memendekkan jangka hayat kenderaan.

Sistem suspensi yang rosak turut membuatkan anda sukar mengawal kenderaan, sekali gus mengundang risiko bahaya terhadap keselamatan diri. Tanda-tanda sistem suspensi kereta anda memerlukan perhatian dan penyenggaraan atau ditukarkan sepenuhnya adalah seperti berikut:

1. JARAK BERHENTI LEBIH JAUH

brek-kecemasan
Menurut pakar industri, kerosakan sistem suspensi boleh meningkatkan jarak berhenti kereta anda sehingga 10 peratus. Mungkin peratusan itu cuma kecil, tetapi impaknya cukup tinggi ketika anda benar-benar memerlukan kereta anda berhenti secepat mungkin. Anda boleh memandu uji kereta anda dalam kelajuan tertentu, seeloknya 60kmj dan cuba membrek kecemasan. Catatkan jarak berhenti dan semak semula dengan data terdahulu, ataupun bandingkan kereta anda dengan model sama yang lain.

2. MUNCUNG KERETA MENJUNAM, MENYIMPANG ATAU MELUNGSUR

muncung-kereta-junam
Apabila kenderaan melungsur atau kerap berubah haluan, pemandu biasanya akan melakukan penjajaran tayar. Malangnya, tindakan itu mungkin tidak menyelesaikan semua masalah. Jika pusat stereng anda masih tidak menentu, ia mungkin berpunca daripada kerosakan spring dalam sistem suspensi.

3. RASA GEGAR PADA RODA STERENG

Melainkan jika anda sedang memandu di jalan raya yang tidak berturap, anda sepatutnya tidak akan mengalami masalah roda stereng bergegar. Jika berlaku walaupun atas permukaan jalan yang baik, anda perlu segera beri perhatian kepada sistem suspensi.

4. KERETA BERGETAR DAN BERDETAR APABILA LANGGAR BONGGOL

kereta-bising
Jika kereta anda berdetar (rattle) keterlaluan setiap kali melepasi bonggol jalan, masalah itu menandakan spring atau lengan kawalan kereta anda sudah pecah.

5. TAYAR BOTAK TIDAK RATA

tayar-haus
Sebelah spring suspensi rosak akan membuatkan berat kereta jadi tidak sekata. Ini menyebabkan lebihan berat kereta tertumpu kepada sebelah tayar sahaja, sekali gus mengakibatkan sistem suspensi rosak. Malah, sebelah tayar lain yang masih elok berisiko haus lebih cepat. Tayar yang mengalami masalah bunga tayar tidak sekata ialah petanda jelas sistem suspensi anda sedang bermasalah.

SUMBER: Proctocars.com

Related

4.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: 5 tanda sistem suspensi rosak, absorber, autotainment, penyerap hentak, sistem suspensi kereta, tahukah anda, tip automobil

Comments

  1. Lyna says

    June 17, 2017 at 1:06 PM

    Kereta myvi 1.3 cc ada bunyi dibahagian belakang . Kalau jalan tak rata ia akan berbunyi .

    Reply
  2. Anonymous says

    March 16, 2018 at 2:31 PM

    cuba check absorber anda.. saya pernah pakai myvi sebelum ni. absorber bocor... mujur ada warranty lagi masa tu...

    Reply
  3. Aswad says

    August 28, 2018 at 8:33 PM

    Saya bercadang utk tukar ke adjustable.. ada apa apa komen tak atau ok sahaja

    Sbb dengar adjustable sangat syok bila ambil selekoh dan di atas highway

    break lebih cepat dan kereta pun nampak tegap

    Reply
  4. Jiyan says

    August 29, 2019 at 10:25 PM

    Assalamualaikum...bossku..saya pakai proton iswara aerobek,lower arm baru,absober mounting baru steering rod baru,stabilezer bosh baru...bosh steering rack baru..

    Kereta sudah alligment.

    Stering masih senget..bila jalan pelan
    Kalau laju,stering center balik..

    Bila langgar bonggol,atau jalan tak rata
    Steering menarik kekiri.kadang kekanan?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev