• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tuan Guru Haji Yahya Maut Kemalangan 5 Kenderaan di Pendang

Tuan Guru Haji Yahya Maut Kemalangan 5 Kenderaan di Pendang

December 27, 2021 By Farah Leave a Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBUAH Perodua Viva terbakar selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Sungai Jagung, Padang Pusing, Pendang, Kedah, semalam yang menyebabkan tokoh agama, Yahya Asy'ari, 65, meninggal dunia dalam kenderaan dipandunyanya.

Menurut polis, selain Viva, kemalangan lima kenderaan jam 4.40 petang itu turut membabitkanProton Saga, Toyota Hilux, Perodua Myvi dan Proton Wira yang mana 12 mangsa terlibat dengan seorang maut, dua cedera ringan, manakala sembilan lagi tidak cedera.

Hasil siasatan polis, Viva dinaiki mangsa dipercayai cuba memotong Saga di depannya sebelum bertembung dengan trak pikap Hilux. Pertembungan itu turut menyebabkan perlanggaran dua kereta lain. Viva mangsa dilaporkan terbabas sebelum terseret dan terbakar di tempat kejadian.

Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987 dan mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk urusan bedah siasat. Mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan pulang dari tempat mengajar di Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena ke rumahnya di Kampung Lubuk Reba.

Allahyarham Yahya mendapat pendidikan di Mekah dengan memasuki Madrasah Darul Ulum, Madrasah Saulatiyah dan Jami'ah Ummul Qura, selama 28 tahun. Al-Fatihah buat mangsa dan takziah buat keluarga.

BACA >>> Video Bukti Kenapa Ramai Takut Guna RFID di Tol
BACA >>> 'Superman Kedah' Kena Tahan di Ipoh
BACA >>> Usahawan Nak Hadiahkan Kereta kepada 'Abang Viva'

tuan-guru-haji-yahya-asyari
kemalangan-pendang-2
rentung 2
kemalangan-pendang-5
kemalangan-pendang-4
viva rentung
kemalangan-pendang-1
kemalangan-pendang-3
rentung

SUMBER: BHOnline

Related

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: kemalangan maut, Kereta Terbakar, nahas lima kenderaan, Pendang, Perodua Viva, tokoh agama kemalangan rentung, Yahya Asy'ari

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev