• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Peserta Konvoi Maut Kena Hempap Batu Jatuh dari Lereng

Peserta Konvoi Maut Kena Hempap Batu Jatuh dari Lereng

December 27, 2021 By Wahid Leave a Comment

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KESERONOKAN berkonvoi motosikal bertukar tragedi apabila salah seorang penunggang maut maut apabila kepalanya terkena batu yang jatuh daripada lereng bukit di KM35 Jalan Tranum ke Bukit Frasier.

Menurut saksi, insiden berlaku pada kira-kira jam 3.10 petang, 25 Disember lalu dan mangsa ketika itu menunggang motosikal kuasa besar jenis Honda ST1100 bersama isterinya bersama kumpulan konvoi 15 motosikal dari Johor Bahru ke Bukit Frasier, Pahang.

Mangsa, Nor Effendi Mohamad Samsi, 51, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala isterinya, Asfalillah Abu Hassan, 39, cedera ringan.

Menurut isterinya, segalanya berlaku sekelip mata dan hanya terdengar bunyi hentakan kuat di kepala suaminya hingga menyebabkan motosikal dinaiki mereka terbabas ke kanan jalan.

helmet-mangsa-kena-batu-bukit-fraser
nor-effendi-mohamad-samsi

Menurut polis, kumpulan konvoi disertai mangsa bergerak dari Johor Bahru pada Jumaat lalu, dan sempat menginap di Jerantut, Pahang sebelum meneruskan perjalanan ke Wangsa Maju, dan singgah ke Bukit Frasier.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian. Pakar forensik mendapati punca kematian disebabkan pendarahan otak akibat tempurung kepala retak disebabkan hentakan kuat. Arwah juga dilaporkan negatif Covid-19.

Menurut salah seorang rakan menerusi status dimuat naik di Facebook, mangsa berada di kedudukan keempat dari belakang dalam kelajuan kira-kira 30-40kmj sebelum sebuah batu jatuh menghempap kepala hingga membuatkan helmetnya pecah.

SUMBER: HarianMetro

Related

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bukir Frasier, Kemalangan Konvoi, Konvoi Motosikal, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev