TRIUMPH Motorcycles baru-baru ini melancarkan Rocket 3 edisi khas di India yang akan menyertai famili 'Special Editions' lain seperti Street Twin EC1 dan Gold Line Edition. Apa yang spesial sangat pasal varian edisi khas itu?
Apakah membuatkan Rocket 3 (2022) edisi khas ini lebih hebat berbanding varian standard?
BACA >>> Triumph Siap Sedia Umum Model 200cc-700cc dengan Kerjasama Bajaj
BACA >>> Triumph Tiger Sport 660 (2022) Debut, Dijangka Masuk Malaysia 2022, Anggaran Harga RM50k
Harga Premium
Ditawarkan dalam dua varian dengan nama khas dengan harga seperti berikut:
- Rocket 3 R 221 - 2,080,000 rupee (RM116,260)
- Rocket 3 GT 221 - 2,140,000 rupee (RM119,610)
Berbanding model standard, dua model edisi khas itu ada tambahan harga 90,000 rupee (RM5,030) setiap satu.
BACA >>> Harga Motosikal 80-90-an Lebih Murah Berbanding Sekarang? Ya atau Tidak?
Kenapa Lebih Mahal?
- Model 221 dihasilkan sempena meraikan trenkuasa Rocket 3, dijana enjin 3-silinder sebaris 2,458cc yang paling besar pernah dihasilkan dengan angka tork mencecah 221Nm.
- Jadi Triumph dengan bangga melakarkan maklumat spesifikasi super cruiser itu pada tangki minyak seperti enjin 2458cc, kuasa 167ps (164.7hp), lejang (stroke)85.9mm dan gerek (bore) 110.2mm.
- Dicat warna Red Hopper (merah) dengan kontras Sapphire Black (hitam) pada visor angin, kowl lampu depan, panel sisi, kowl radiator dan beberapa komponen belakang.
- Selain ciri khas disebutkan, spesifikasi model Special Edition ini tidak jauh berbeza dengan model standard.
- Sistem suspensi mennggunakan unit Showa, manakala brek jenis Brembo.
- Ciri bantuan tunggangan juga kekal sama seperti unit unjuran inersia (IMU) yang mengawal Sistem Brek Anti-Kunci Belok (ABS Cornering), Kawalan Traksi Belok, Kawalan Pegun Bukit (HHC), Kawalan Jelajah, sistem penghidup tanpa kunci (keyless) dan empat mod tunggangan.
BACA >>> Triumph Lancar Rocket 3 Edisi Terhad dengan Warna Serba Hitam, Cuma 1,000 Unit Sahaja!
BACA >>> Zontes Mahu Bikin Motosikal 3-Silinder Prestasi Tinggi, Segmen 650cc dan 1,000cc
BACA >>> Benelli 1200GT - Touring Gergasi 3-Silinder Sedia Cabar BMW R1250RT
SUMBER: BikeWale
Leave a Reply