• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / TVS NTorq SuperSquad Edition versi Thor, Spider-Man Kini di India, Harga RM4.7k!

TVS NTorq SuperSquad Edition versi Thor, Spider-Man Kini di India, Harga RM4.7k!

December 24, 2021 By Shawkath Leave a Comment

107
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR motosikal India, TVS Motor memperkenalkan dua lagi varian skuter berkonsepkan watak adiwira dalam siri Super Squad di India, iaitu Spider-Man dan Thor.

Kedua-dua varian itu direka menjadi seragam baharu skuter Ntorq 125 Race Edition. Sebelum ini, siri Super Squad menampilkan seragam Iron Man, Black Panther dan Captain America.

BACA >>> TVS Ntorq 125 SuperSquad Edition Tampil Seragam Adiwira Marvel Avengers
BACA >>> Yamaha Brazil Lancar Skuter NMAX 160 Spider-Man Edition (2022), Harga RM12k!


Produk khas untuk pasaran India itu adalah hasil kerjasama TVS Motor dengan bahagian perniagaan produk Disney India. Bagaimanapun, tiada maklumat mengapa seragam Iron Man tidak lagi ditawarkan. Setiap varian menampilkan seragam atau liveri khas mengikut skema adiwira popular Marvel.

BACA >>> Yamaha Brazil Perkenal Edisi Marvel untuk Fazer 250, Lander 250, Harga Mula RM13.7k

TVS Ntorq 125 Super Squad

Ada empat warna pilihan utama, iaitu satu untuk setiap adiwira Marvel seperti berikut:

TVS NTORQ SuperSquad 2022 - 8
TVS NTORQ SuperSquad 2022 - 9
TVS NTORQ SuperSquad 2022 - 6
TVS NTORQ SuperSquad 2022 - 7
  • Merah - Amazing Red (Spider-Man edition)
  • Kelabu - Lightning Gray (Thor edition)
  • Biru - Combat Blue (Captain America edition)
  • Hitam - Stealth Black (Black Panther edition)

Harga

TVS NTORQ SuperSquad 2022 - 4
TVS NTORQ SuperSquad 2022 - 5
  • Harga setiap unit skuter Super Squad ialah 84,850 rupee (RM4,750) di India

Ciri Unik Race Edition

Selain grafik menarik, varian Race Edition menawarkan ekstra ciri berbanding versi standard (model asas), iaitu:

  • Lampu utama LED dengan lampu siang (DRL) bentuk Y. Lampu belakang juga jenis LED.
  • Panel meter LCD digital penuh dengan sambungan Bluetooth dan sistem navigasi.
  • Ada fungsi lampu kecemasan (hazard) dan lampu LED dalam ruang simpanan bawah pelana (20 liter).
  • Ada port USB bawah pelana. Tambahan lain ialah bar bonceng.

Spesifikasi Kekal

  • Menggunakan trenkuasa 4-lejang 3-injap silinder tunggal 124.8cc penyejukan udara berkuasa 9.27hp @ 7,000rpm dan tork 10.5Nm @ 5,500rpm, serta dipadankan transmisi automatik.
  • Pecutan 0-100kmj mengambil masa 9 saat.
  • Sistem suspensi jenis fork teleskopik (depan), dan monoshock (belakang).
  • Tayar jenis tiubles 100/80 (depan), dan 110/80 (belakang) dengan rim aloi 12 inci.
  • Sistem brek jenis cakera 220mm (depan), dram 130mm (belakang).

BACA >>> Yamaha Brazil Lancar MT-03 Versi Iron Man, Harga RM21k!
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Cegah Enjin, Transmisi Skuter Rosak Awal
BACA >>> #ApaNakBuat: Ikut 5 Tip Ini Kalau Nak Jaga Tayar Motosikal

SUMBER: TVS | Cartoq

Related

107
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Disney India, roda2, skuter, Skuter Tema Marvel, Skuter Tiga Roda, TVS Motor, TVS Motor Company, TVS Ntorq 125 Super Squad (2022)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev