• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bukan Sesaja Polis Tunda Kereta Terbalik!

Bukan Sesaja Polis Tunda Kereta Terbalik!

December 23, 2021 By Farah Leave a Comment

822
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS tampil menjelaskan isu video tular yang memaparkan trak tunda polis menunda sebuah Proton Saga BLM putih dalam keadaan terbalik dekat sebuah sekolah di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur pada 22 Disember lalu.

Video 5 saat itu mengundang tanda-tanya netizen yangmempersoalkan tindakan polis menggunakan cara sedemikian untuk menunda kereta yang dipercayai terlibat kemalangan.

@yishao2♬ 原聲 - 義少

Namun, isu video tular itu pantas dijawab Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) yang mendakwa insiden tunda kenderaan tersebut berlaku pada 18 Disember lalu, jam 10.55 pagi.

Menurut JSPT KL, Saga BLM itu terbabit kemalangan ketika hujan dan terkandas di bahu jalan berhampiran longkang dalam keadaan terbalik dengan keempat-empat tayar di atas.


Kereta itu tidak dapat diterbalikkan semula ke posisi asal kerana kerana berisiko dua tayar belakang tersangkut dalam longkang.

Malah, jelas JSPT KL, sebelum menunda dengan cara begitu, polis sudah terlebih dahulu mendapat persetujuan pemilik kereta tersebut sebelum ditarik sejauh 5 meter atas jalan. Kemudian, barulah diterbalikkan semula ke posisi asal dengan mendapat bantuan orang awam.

Tindakan itu juga terpaksa dibuat selepas mengambil kira aspek keselamatan pengguna jalan raya, petugas dan pemilik kereta berkenaan.

Kali pertama tonton video tular itu, memang boleh bikin ketawa sambil geleng-geleng kepala. Tetapi rupanya memang ada sebab kenapa polis buat macam itu. Serahkan saja kepada yang pakar kerana mereka lebih arif dan tahu. Netizen pun, janganlah pula cepat bising dan tuduh bukan-bukan.

BACA >>> Tular Trak Tunda Nak Bawa Lari Kereta Mangsa Banjir?
BACA >>> Aksi Perodua Myvi Bantu Tunda Lori Curi Perhatian Netizen
BACA >>> Tak Perlu Jadi YB - Abang Viva Dari Melaka Bawa RM50 Selamatkan Mangsa Banjir

SUMBER: TikTokYishao2| Facebook JSPT KL

Related

822
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: kemalangan, lori towing, polis, Proton Saga BLM, Saga BLM, trak polis seret kereta terbalik, trak tunda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
    JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev