YAMAHA pernah memperkenalkan edisi khas FJR1300 Ultimate Edition kepada pembeli Eropah pada 2019. Kini, Sport tourer itu hadir dalam tona hitam berserta aksen emas sebagai model tribut kepada peminat Britain, termasuk Eropah.
Tahun ini, Yamaha memperkenalkan pula FJR1300 20th Anniversary Edition (2022) sempena ulang tahun ke-20 dalam dua varian, AS dengan sistem suspensi boleh laras elektronik, dan A tanpa ciri tersebut.
BACA >>> Sport Tourer Konsep - BMW 9Cento yang Futuristik dan Serba Guna
HARGA
- FJR1300 AS: 1,980,000 yen (RM72,860)
- FJR1300 A: 1,650,000 yen (RM60,720)
CIRI SPESIAL
- Skema warna hitam dengan aksen emas.
- Rim aloi tiga batang warna emas.
- Ada lencana khas FJR 20th Anniversary Edition atas tangki minyak.
- Pelana dengan sulaman benang emas.
- Ada teks emas 'FJR' pada fairing sisi badan, bawah pelana.
- Penutup tangki minyak, tuil brek dan klac, peg kaki dan bolt hitam.
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 7 Jenis Frem Motosikal yang Perlu Anda Tahu
SPESIFIKASI
- Trenkuasa 4-lejang 4-silinder sebaris 1,297cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 145hp @ 8,000rpm dan tork 138Nm @ 7,000rpm.
- Transmisi manual 6-kelajuan dengan klac jenis basah multiplat.
- Sistem suspensi fork teleskopik dan monoshock.
- Sistem brek cakera kembar (depan), dan cakera tunggal (belakang).
- Memiliki dimensi panjang 2,230mm, lebar 750mm dan tinggi 1,325mm.
- Tinggi pelana 805mm untuk tetapan rendah, atau 825mm (tinggi).
- Jarak roda 1,545mm, jarak lega bumi 125mm (varian A: 130mm).
- Berat 296kg (varian A: 289kg), dan kapasiti tangki minyak 25 liter.
BACA >>> Yamaha Fazer 250 (2022) Lancar di Brazil dengan Enjin Mesra Petrol, Etanol
BACA >>> Bajaj Lancar Dominar 400 Versi Tourer, Harga Mula RM11.9k!
BACA >>> Suzuki-GSX1000GT (2022) Lancar dengan Ciri Lebih Moden untuk Kaki Kembara
azhar says
bila FJR1300 2023 berada di malaysia?
Rajan says
FJR 1300 ada stokes di Malaysia