• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Maut Depan Isteri, Anak Selepas Tukar Tayar, Polis Buru Drebar Lori Langgar Lari

Maut Depan Isteri, Anak Selepas Tukar Tayar, Polis Buru Drebar Lori Langgar Lari

December 22, 2021 By Farah Leave a Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAGI kemalangan ngeri membabitkan kenderaan berhenti di laluan kecemasan.

Kali ini melibatkan seorang lelaki yang maut  dilanggar lori selepas selesai menukar tayar keretanya, jenis Proton Perdana, di Kilometer 218.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan dekat Alor Gajah, Melaka, semalam.

Lebih menyayat hati, insiden jam 7 pagi itu turut disaksikan isteri dan anaknya. Mangsa, Muhamad Zaki Redzwan, 42, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Menurut keluarganya, mereka berhenti di laluan kecemasan untuk menukar tayar belakang sebelah kiri yang pancit. Sebaik saja selesai, mangsa tiba-tiba dilanggar sebuah lori tidak dapat dikenal pasti yang berlalu pergi meneruskan perjalanan.

Polis kini sedang berusaha mengesan pemandu lori terbabit dan saksi kejadian diminta membantu siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa sekeluarga sedang dalam perjalanan dari Batu Gajah, Perak ke Skudai, Johor. Takziah buat keluarga dan semoga kes ini mendapat keadilan.

Imbas semula, pada Sabtu lalu, negara digemparkan dengan nahas kemalangan membabitkan sembilan beranak dan seorang mekanik yang maut dirempuh sebuah treler di laluan kecemasan ketika berhenti di laluan kecemasan kerana kenderaan mereka rosak.

BACA>>>> Cara 'Smart' Pemilik Guna Kertas A4 Selamatkan Mercedes A45S Kena Banjir
BACA>>>> Kenapa Myvi Boleh Redah? Mekanik Ini Ajar Tip Kenal Paras Air Sebelum Berani Harung Banjir
BACA >>> Kali Pertama Terowong SMART Lencong 5 Juta Meter Padu Air, Boleh Buat KL Tenggelam!

SUMBER: Utusan

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: kemalangan, kemalangan maut, maut di laluan kecemasan, menyayat hati, Proton Perdana

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my