• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemilik Mercedes Ini Guna Cara Paling Jimat, Pintar Selamatkan Keretanya daripada Banjir

Pemilik Mercedes Ini Guna Cara Paling Jimat, Pintar Selamatkan Keretanya daripada Banjir

December 22, 2021 By Farah Leave a Comment

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BENCANA banjir yang melanda negara nyata membimbangkan ramai orang memandangkan kawasan Lembah Klang memiliki populasi pemilik kenderaan terbesar di Malaysia.

Ramai pemilik tahu kesan buruk banjir yang mampu menjejaskan kenderaan mereka. Kalau tidak bernasib baik, kereta yang ditenggelami banjir memang boleh 'arwah' dan kalau dibaiki pun menelan kos sangat tinggi.

BACA >>> Dua Beradik Bikin Motor Banjir Dua Jam Saja!

Di media sosial, sesetengah pengguna berkongsi tip mengelakkan risiko kereta rosak akibat banjir dan antaranya membungkus kereta menggunakan kanvas atau beg plastik besar.

Namun, dalam banyak tips itu, cara dilakukan pemilik Mercedes-Benz AMG A45S ini paling pelik dan lucu, tetapi sebenarnya berkesan juga. Caranya, guna pek kertas A4. Tidak percaya? Jom tengok gambar di bawah ini.

kertas a4 banjir
kertas A4 elak banjir

Gambar ini dikongsikan Yuyu Chang yang meletakkan beberapa pek kertas A4 untuk menampung tayar keretanya. Namun, tindakan pemilik A45s itu mengundang tanda tanya tentang cara dia meletakkan keretanya di atas pek kertas tersebut.

Rupanya dia menggunakan alatan jek yang biasanya dipakai untuk menukar tayar pancit.

jack bagi elak banjir
guna kertas a4 selamatkan mercedes

Walaupun idea ini macam tidak masuk akal, tetapi tindakan pantasnya itu berjaya menyelamatkan keretanya daripada ditenggelami banjir.

PANDANGAN KAMI

Sebenarnya cara tersebut agak bahaya kerana kesan lumpur boleh menyebabkan kertas reput atau cair. Jika salah satu bahagian tayar tidak seimbang, kereta boleh tumbang. Dan bayangkan pula banjir tidak surut cepat.

Lagi satu, jangan lupa cepat turunkan kereta apabila banjir surut. Apapun bolehlah dianggap tindakan pintar dilakukan pemiliknya, terutama ketika berlaku kecemasan. Jadi apa salah gunakan apa saja barang yang ada untuk selamatkan kereta? 🤗😅😘

BACA >>> Kenapa Myvi Boleh Redah? Mekanik Ini Ajar Tip Kenal Paras Air Sebelum Berani Harung Banjir
BACA >>> Kali Pertama Terowong SMART Lencong 5 Juta Meter Padu Air, Boleh Buat KL Tenggelam!
BACA >>> Tular Trak Tunda Nak Bawa Lari Kereta Mangsa Banjir?

SUMBER: FB Yuyu Chang

Related

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, banjir, gambar viral, harga Mercedes, kertas A4 selamatkan kereta, Mercedes A45S

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev